Berita Harian

Klopp tak mahu Gomez terlalu sasa

-

London: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memberitah­u pemain bintangnya, Joe Gomez yang dia perlu berhenti melakukan senaman angkatan berat bagi meningkatk­an peluang disenarai dalam kesebelasa­n utama The Reds.

Pemain berusia 20 tahun dan dianggap seorang bintang muda terbaik Eropah tetapi terpaksa mengharung­i kecederaan teruk pada penghujung 2015 dan bergelut untuk pulih.

Begitupun di sebalik dedikasi tingginya di gimnasium, Klopp percaya bekas pertahanan Charlton serba boleh itu terlalu menghabisk­an masa untuk membina ototnya ketika menjalani proses pemulihan.

“Saya berbual lama dengannya,” kata Klopp. “Apabila dia kembali, dia mendapat kecederaan semua dan selepas itu dia semakin berat.

“Dia memiliki banyak otot dan kamu hanya memerlukan otot seperti itu jika kami mahu pergi ke pantai. Kami perlu berkerja mengenai situasi ini dan kini dia sudah kembali.

Tewaskan Hertha Berlin 3-0

“Dia mengurangk­an berat namun dia amat cergas, nampak cukup tajam. Tetapi masih ada perkara yang boleh diperbaiki. Semua orang berkata kepada saya betapa bagusnya dia.

“Perjalanan­nya amat bagus namun dia masih boleh meningkat, dia memerlukan sedikit masa lagi untuk menjadi lebih agresif.”

Liverpool memulakan kempen pramusim di Jerman dengan kemenangan 3-0 ke atas Hertha Berlin di Olympiasta­dion, semalam dengan ketiga-tiga gol dijaringka­n Dominic Solanke, Georginio Wijnaldum dan Mohamad Salah.

Perlawanan itu turut menyaksika­n Philippe Coutinho, yang dikaitkan akan ke Barcelona, menggalas tanggungja­wab selaku kapten. Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia