Berita Harian

Aksi bertemu India uji keupayaan skuad negara

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Kelana Jaya: Aksi persahabat­an antarabang­sa berdepan India di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, malam ini menjadi medan terakhir buat jurulatih skuad bola sepak wanita negara, Mohd Asyraaf Fong Abdullah memilih senarai akhir menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bulan depan.

Mohd Asyraaf berkata, pertemuan dengan India yang juga juara kejohanan Asia Selatan tahun ini sangat penting untuk melihat sejauh mana keupayaan sebenar skuad negara.

Jadi, katanya perlawanan itu juga menjadi sebahagian daripada latihan dan persiapan pasukan untuk mengejar sasaran meraih pingat gangsa pada temasya dwitahunan itu.

“Perlawanan dengan India adalah yang kedua terakhir dalam persiapan kita menuju ke Sukan SEA.

“Kita ada satu lagi aksi persahabat­an dengan Singapura pada 9 Ogos ini yang mana ia sebagai aksi pemanas badan sebelum menentang Filipina pada perlawanan pembukaan Sukan SEA, 15 Ogos nanti.

Pandang mudah

“Senarai akhir 20 pemain saya akan umumkan pada Selasa ini yang mana lima pemain daripada skuad ini akan digugurkan,” katanya pada sidang media di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia, semalam.

Sementara itu, jurulatih India, Maymol Rocky tidak memandang mudah kemampuan Malaysia walaupun pasukannya di kedudukan lebih baik dalam ranking Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA).

“Malaysia adalah pasukan yang kuat dan kami menghormat­i mereka. Apapun kami sudah melakukan persiapan terbaik untuk perlawanan ini dan keyakinan pemain juga berada pada tahap tertinggi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia