Berita Harian

Beri kayuhan positif

- Oleh Fadhli Ishak

Pelumba basikal negara, Fatehah Mustapa membuktika­n dirinya bersedia memenangi pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bulan depan selepas meraih gangsa dalam acara keirin wanita di Grand

Prix (GP) Antarabang­sa Melbourne, Sabtu lalu.

Fatehah mempamerka­n persembaha­n meyakinkan di Pusat

Sukan Antarabang­sa

Darebin dengan meraih tempat kedua dan ketiga pada pusingan pembukaan dan separuh akhir.

Stephanie Morton yang memenangi pingat perak pada Kejohanan Dunia Mac lalu muncul juara dengan pelumba Australia, Kaarle Mcculloch dan Fatehah masing-masing merangkul perak dan gangsa.

Pertanding­an terakhir

Fatehah, yang dijangka mampu memenangi empat emas di Sukan SEA, berkata dia gembira dengan persembaha­nnya setakat ini.

“Selepas lima bulan melakukan persiapan dan latihan, ia menjadi sasaran saya untuk memenangi pingat ketika bersaing dengan pelumba berkelas dunia di sini,” kata Fatehah.

“Ini pertanding­an pertama saya dalam tempoh lima bulan dan ia juga yang terakhir sebelum Sukan SEA. Saya akan bersaing dalam acara pecut, pecut berpasukan, ujian masa 500m dan keirin di Malaysia.

“Saya cukup berpuas hati dengan prestasi saya dalam acara ini dan saya percaya saya mampu memenangi emas di Sukan SEA.”

Fatehah yang kini bersama skuad elit kebangsaan di Melbourne, menambah bahawa dia akan kembali ke Malaysia dalam masa dua minggu lagi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Fatehah dijangka mampu memenangi empat emas di KL2017, bulan depan.
Fatehah dijangka mampu memenangi empat emas di KL2017, bulan depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia