Berita Harian

Jun Hao lakar kejutan juarai remaja Asia

- Oleh Fabian Peter

Kuala Lumpur: Leong Jun Hao muncul juara remaja lelaki Asia selepas melakar kejutan menewaskan pemain China Bai Yupeng 21-6, 20-22, 21-17 pada final Kejuaraan Badminton Remaja Asia di Jakarta, Indonesia semalam.

Pemain 18 tahun itu merangkul gelaran terbesarny­a setakat ini sekali gus menamatkan kemarau empat tahun kejuaraan itu sejak Soo Teck Zhi, pemain terakhir dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memenangi acara itu di Kota Kinabalu, Sabah pada 2013.

Jurulatih Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kwan Yoke Meng berpuas hati dengan persembaha­n keseluruha­n skuad bimbingann­ya, dan berharap pasukan itu mengekalka­n rentak mereka sehingga Kejuaraan Remaja Dunia di Yogyakarta, Indonesia Oktober nanti.

“Saya amat gembira kerana ia membuktika­n usaha gigih selama ini membuahkan hasil. Pasukan ini melakukan tugas mereka dengan baik, memanfaatk­an sebaik mungkin semua kemudahan dan kepakaran untuk tampil cemerlang di kejohanan ini.

“Jun Hao terutamany­a, membuatkan semua pihak bangga dan pasti selepas ini ramai akan mengharapk­an kemenangan­nya di Kejuaraan Remaja Dunia tahun ini.

Tahap sama

“Saya tidak mahu memberikan tekanan kepada sesiapa. Berdasarka­n kejohanan ini saja, saya boleh katakan kebanyakan pemain mempunyai tahap yang sama, jadi ia bergantung kepada siapa yang beraksi paling baik pada hari pertanding­an.

“Seperkara lagi, saya gembira kerana kebanyakan pemain kita baru berusia 18 tahun. 12 daripada 18 pemain didaftarka­n masih layak beraksi untuk Kejuaraan Remaja Asia dan juga Kejuaraan Remaja Dunia tahun depan,” kata Yoke Meng ketika dihubungi.

Selain emas Jun Hao, Malaysia turut meraih tiga gangsa di Jakarta menerusi perseorang­an wanita Eoon Qi Xuan, beregu lelaki Chia Wei Jie-ng Tze Yong dan acara berpasukan campuran.

Pada edisi sebelumnya di Bangkok, Thailand, Malaysia sekadar membawa pulang satu pingat gangsa menerusi gandingan lelaki Ooi Zi Heng-soh Wooi Yik.

Perseorang­an lelaki: Leong Jun Hao mn Bai Yupeng (Chn) 21-6, 20-22, 21-17

Beregu lelaki: Di Zijianchan­g Wang (Chn) mn Lee Sang Min-na Sung Seung (Kor)

21-19, 21-11

Perseorang­an wanita:

Yue Han (Chn) mn Pattarasud­a Chaiwan (Tha) 21-15, 21-13

Beregu wanita: Baek Ha Na-lee Yu Rim (Kor) mn

Liu Xuanxuan-xia Yuting (Chn) 21-12, 21-19

Beregu campuran: Rehan Naufal Kusharjant­o-siti Fadia Silva Ramadhanti (Ina) mn

Na Sung Seung-seong Ah Yeong (Kor) 21-19, 19-21, 21-9.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia