Berita Harian

Nidzam bimbang pemain alpa

- Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff mahu anak buahnya membuang sikap terlalu yakin ketika sudah mendahului kerana ia boleh mengundang padah.

Menurutnya, pemain Helang Merah dilihat terlalu selesa ketika mendahului Melaka United (MU) 4-1 pada separuh masa aksi Piala Malaysia, malam kelmarin sehingga tuan rumah berjaya merapatkan jurang 4-2 pada awal babak kedua.

“Apapun, mujur kami mampu menambah jaringan kelima menerusi Ken Ilso Larsen pada minit ke-77 dan keenam menerusi pemain gantian Muhammad Akhyar Abdul Rashid pada minit akhir sekali gus menutup keghairaha­n tuan rumah untuk menafikan kelebihan pasukan kami,” katanya.

Pada perlawanan itu, Kedah menewaskan MU 6-2 pada saingan Kumpulan C di Stadium Hang Jebat sekali gus mencerahka­n peluang ke suku akhir trofi berprestij itu.

Jadi pengajaran

Nidzam berkata, dia melihat tuan rumah tidak menurunkan barisan terkuat mereka pada perlawanan berkenaan dipercayai mahu menyimpan pemain untuk aksi berikutnya.

Namun, dia mengambil pendekatan membariska­n pemain terbaik bagi memastikan mata maksimum mampu diraih tambahan kedudukan ke suku akhir masih belum terjamin.

Sementara itu, jurulatih MU, Eduardo Almeida berkata, kesilapan yang dilakukan pemain pada aksi berkenaan seharusnya menjadi pengajaran buat mereka sebelum berdepan Kelantan di Kota Bharu, esok.

 ?? [FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH] ?? Pemain Kedah, Sandro Da Silva Mendonca (kanan) meraikan jaringan gol ketika menentang Melaka United, kelmarin.
[FOTO RASUL AZLI SAMAD/BH] Pemain Kedah, Sandro Da Silva Mendonca (kanan) meraikan jaringan gol ketika menentang Melaka United, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia