Pasukan kriket SK Telok Gong kian digeruni
Raih banyak kemenangan, terpilih bermain pada peringkat antarabangsa
Pasukan kriket Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor pernah mendapat kedudukan tercorot ketika mula ditubuhkan pada tahun 2002.
Bagaimanapun, latihan gigih dengan teknik yang betul membolehkan pemainnya menguasai acara berkenaan hingga muncul juara JDP Cup Liga Silver State pada 2003.
Jurulatih kriket SK Telok Gong, Encik Affanizam Hamdan, berkata pada awal penubuhannya, pasukan berkenaan tiada jurulatih yang khusus tetapi tekad guruguru ketika itu terus gigih untuk kebaikan muridmurid.
Katanya, kemenangan demi kemenangan yang diraih menarik perhatian muridmurid Tahun Dua untuk sertai sama walaupun pada asalnya pasukan itu hanya untuk murid Tahun Empat sehingga Enam.
Pemain kebangsaan
Hingga sekarang, beliau berkata, pasukan itu tidak mempunyai kemudahan yang lengkap dan muridmurid memanfaatkan kawasan lapang di sekolah untuk latihan.
“Pihak sekolah mendapat bantuan daripada Persatuan Kriket Melayu sejak 10 tahun lalu, selain menyediakan jurulatih bertauliah.
“Dari setahun ke setahun, pemain kami menunjukkan peningkatan apabila ada antara mereka terpilih bermain pada peringkat antarabangsa dan mengikuti Projek Kriket Nasional sebaik sahaja tamat sekolah rendah,” katanya.
Juara
Encik Affanizam berkata, latihan gigih sepanjang tahun membolehkan pasukan sekolah itu mencatat nama dalam setiap kejohanan seperti muncul juara Majlis Sukan Sekolahsekolah Malaysia 2017 dan naib johan Kriket Elit Kebangsaan 2017.
Katanya, pasukan berkenaan juga sering mengadakan perlawanan persahabatan untuk mengukur prestasi seperti perlawanan dalam
pada tahun 2007. Beliau berkata, pasukan sekolah memenangi perlawanan persahabatan menentang Singapura pada tahun 2011 (bawah 12 tahun) dan tempat kedua menentang Australia (bawah 13 tahun) pada tahun 2012.