Berita Harian

Pusat dengar aduan veteran ATM ditubuh

Pusat panggilan saluran bagi menambahba­ik pengurusan kebajikan anggota

- Oleh Nadia Hamid dan Luqman Arif Abdul Karim

Kerajaan menubuhkan pusat panggilan atau Call Center sebagai saluran untuk menghubung­kan keluh kesah veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

Pusat panggilan itu antara ikrar kerajaan untuk terus menjaga kebajikan anggota dan veteran ATM yang bergolok gadai menjaga keselamata­n tanah air.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata pusat itu membolehka­n veteran tentera dan ahli keluarga untuk berkongsi berita, aduan atau maklumat untuk menambahba­ik pengurusan kebajikan mereka.

“Kita harap veteran ATM memanfaatk­an talian ini untuk sentiasa berhubung dengan JHEV. Jika mereka menghadapi sebarang masalah, atau ada permintaan boleh dibantu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hishammudd­in berkata, pelbagai usaha dibuat kerajaan untuk menjaga kebajikan anggota veteran tentera adalah atas inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang pernah menjadi Menteri Pertahanan.

Mengulas mengenai pelbagai bantuan diumum Perdana Menteri, semalam, Hishammudd­in berkata kerajaan akan mula membayar insentif diumumkan bermula Oktober ini.

“Kita harap berita gembira yang diumum Perdana Menteri dapat meringanka­n beban kos sara hidup ditanggung veteran dan keluarga mereka. Ini menunjukka­n kerajaan sentiasa prihatin kebajikan mereka.

“Ini hanya permulaan... kita tidak akan berhenti di sini, kita cari lebih banyak jalan untuk tambah baik,” katanya.

Sambut baik inisiatif

Sementara itu, Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM) gembira dan menyambut baik pelbagai inisiatif dan bantuan diumumkan Perdana Menteri, yang menunjukka­n keprihatin­an kerajaan terhadap kebajikan 15,000 veteran ATM seluruh negara.

Senator Laksamana (B) Tan Sri Anwar Mohd Nor memuji kerajaan, Perdana Menteri dan Hishammudd­in yang banyak membantu veteran tentera, terutama yang hilang upaya melalui pelbagai insentif.

“Bantuan sara hidup RM300 sebelum ini yang diberikan kepada veteran berumur 65 tahun yang hidup dalam keadaan daif, hilang upaya dan tidak mempunyai sumber pendapatan sangat menggembir­akan ahli veteran.

“Tahun ini, syarat penerima bantuan RM300 diperluask­an kepada veteran berusia 60 tahun. Ramai yang sambut baik keprihatin­an kerajaan ini.

“Selain itu, sumbangan untuk Tabung Pahlawan banyak memberi manfaat kepada lebih 3,000 veteran dan bekas tentera kelainan upaya, ditimpa musibah dan anak yatim daripada keluarga veteran yang ditempatka­n di Pusat Jagaan Anak Yatim Veteran, di Kulim,” katanya.

Kita harap berita gembira yang diumum Perdana Menteri dapat meringanka­n beban kos sara hidup ditanggung veteran dan keluarga mereka. Ini menunjukka­n kerajaan sentiasa prihatin kebajikan mereka” Hishammudd­in Hussein, Menteri Pertahanan

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Antara veteran ATM yang hadir pada Perhimpuna­n Veteran ATM di Serdang, semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Antara veteran ATM yang hadir pada Perhimpuna­n Veteran ATM di Serdang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia