Berita Harian

Teroka sektor bioaktif sawit dengan meluas

-

Putrajaya: Kerajaan akan meneroka sektor bioaktif sawit dengan lebih meluas kerana potensi besar sektor itu bagi meningkatk­an daya saing industri minyak sawit negara pada peringkat antarabang­sa.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Kiong, berkata kajian mendapati produk dihasilkan di bawah sektor itu seperti bahan berasaskan ‘tocotrieno­ls’ dan ‘karotenoid’ baik untuk kesihatan.

“Walaupun sektor ini boleh disifatkan sebagai baharu, hasil pengeluara­n ‘tocotrieno­ls’ sahaja sudah mencecah RM70 juta, sekali gus membuktika­n sektor ini berkembang dengan pesat.

“Tocotrieno­ls pula ada kesan anti kanser, bahan anti oksidan dan melindungi daripada kesan radiasi. Ini kemajuan yang amat baik bagi membantu menanda aras industri minyak sawit Malaysia pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaik­an ucaptama pada Persidanga­n ‘Nutra-cosmeceuti­cal’ Antarabang­sa Sawit (PINC) 2017, di sini semalam.

Persidanga­n dua hari

Seramai 250 peserta dari dalam dan luar negara menyertai persidanga­n dua hari itu, bagi membincang­kan mengenai industri bioaktif sawit.

Siew Kiong berkata, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) turut mempromosi minyak sawit merah yang kaya kandungan ‘karotenoid’ kepada murid sekolah di China, India dan Afrika Selatan, yang terbukti mampu mengatasi masalah kekurangan vitamin A dihadapi murid.

6 Ahli Parlimen ke Eropah

Sementara itu, beliau berkata, enam Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkan­g akan ke Eropah hujung bulan depan bagi memberi penerangan mengenai kebaikan minyak sawit, sekali gus mengubah persepsi negatif penggubal undang-undang di negara itu terhadap komoditi berkenaan.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Siew Keong meninjau produk keluaran Hovid Bhd ketika melawat ke gerai pameran pada persidanga­n PINC di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Siew Keong meninjau produk keluaran Hovid Bhd ketika melawat ke gerai pameran pada persidanga­n PINC di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia