Berita Harian

Warung Roti Canai 50 sen sedia hidangan harga murah

Rasmah niaga sambil berniat ingin mendapat ganjaran pahala

- Oleh Fairuz Zaidan

Jangan terkejut, tatkala kos bahan mentah kian meningkat saban tahun, masih ada lagi peniaga yang mampu menyediaka­n menu hidangan sarapan ke- pada pelanggan pada harga serendah 50 sen.

Buktinya, Warung Roti Canai 50 sen di Jalan Seri Krubong 2, Taman Seri Krubong, di sini, menyediaka­n pelbagai menu hidangan sarapan pada harga serendah itu sejak lebih 24 tahun lalu.

Pada harga semurah itu, pelanggan boleh menikmati hidangan roti canai, selain mencuba beraneka minuman panas seperti teh tarik, kopi, milo, nescafe, kopi o, teh o, telur separuh masak, telur goreng dan banyak lagi pada harga sama.

Malah, semacam tidak percaya apabila hidangan mi goreng dan nasi lemak yang lengkap dengan hirisan timun segar, sambal tumis dan ikan bilis cuma berharga RM1. Jika pelanggan ingin menambah telur goreng, cuma perlu menambah 50 sen.

Mula niaga pada 1993

Pemilik warung, Rasmah Bibi Rudakhan, 58, ternyata berjiwa besar dan ada niat yang menjadi sandaranny­a selepas memulakan gerai sarapan itu bersama arwah suaminya, Rahmat Ismail pada 1993.

“Ketika mula berniaga dahulu, saya menjual roti canai dan air pada harga cuma 30 sen. Berniaga ini kita tidak boleh hanya hendak untung semata-mata, sebaliknya ingin mendapat ganjaran pahala, termasuk buat arwah suami.

“Sebab itu, soal harga saya tidak pernah kisah. Pelanggan juga yang sarankan naikkan 50 sen, dan Alhamdulil­lah rezeki saya anak beranak terus ada sehinggala­h ke saat ini,” katanya ketika ditemui di warungnya, semalam.

Seawal jam 7 pagi, pengunjung yang rata-ratanya penduduk di taman perumahan itu serta pekerja di sekitar Melaka Tengah, sudah berpusu-pusu ke gerainya yang dibuka empat jam sehari untuk menikmati sarapan.

Sekalipun menawarkan harga yang cukup murah, tetapi Rasmah Bibi tidak sesekali pernah mengabaika­n soal kualiti dan rasa pada semua menu dan hidangan minuman di gerainya.

“Kita hendak beri orang makan, pelanggan yang kita tidak tahu latar belakangny­a. Diharapkan, dengan harga ditawarkan ini mereka dapat mendoakan rezeki serta pahala buat kita semua,” katanya merendah diri.

Anak membantu

Sibuk menebar roti canai, wanita itu bertuah kerana dibantu anakanakny­a iaitu Anil Mohammad Rahmat, 36; Norhafizah, 34 serta menantu Yahya Yakub, 37. Malah, pada hujung minggu, lebih ramai ahli keluarga turut membantu.

Sementara itu, pelanggan, Idris Hashim, 40, berkata beliau bersarapan di warung berkenaan sejak lebih 20 tahun lalu, dan terus menggemari menu disediakan.

 ??  ?? Pelanggan menikmati roti canai berharga 50 sen di warung Rasmah.
Pelanggan menikmati roti canai berharga 50 sen di warung Rasmah.
 ??  ?? Rasmah menyiapkan roti canai untuk pelanggan.
Rasmah menyiapkan roti canai untuk pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia