Berita Harian

25 kementeria­n cemerlang

Prestasi pengurusan kewangan lebih baik

-

Oleh Rohaniza Idris, Hazwan Faisal Mohamad, Nor Fazlina Abdul Rahim, Siti Sofia Md Nasir, Ahmad Suhael Adnan dan Ilah Hafiz Aziz

Kesemua 25 kementeria­n mencapai tahap cemerlang pada tahun lalu berbanding dua tahun sebelumnya.

Menurut intisari laporan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutua­n dan Pengurusan Kewangan Kementeria­n/ Jabatan/ Badan Berkanun Persekutua­n yang terkandung dalam laporan audit itu, prestasi pengurusan kewangan pada peringkat kementeria­n pada keseluruha­nnya menunjukka­n peningkata­n.

Pada tahun 2016, 100 peratus kementeria­n mencapai tahap cemerlang berbanding 20 (83.3 peratus) daripada 25 kementeria­n pada 2015 dan 24 kementeria­n pada 2014.

Nilai pengurusan kewangan

Jabatan Audit Negara menjalanka­n pengaudita­n pengurusan kewangan (Indeks Akauntabil­iti) di 25 kementeria­n, 18 jabatan Persekutua­n yang diaudit secara tahunan dan 38 badan berkanun Persekutua­n yang diaudit secara pusingan tiga tahun.

Ia bagi menilai sama ada pengurusan kewangan mereka mematuhi undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan.

Hasil pengaudita­n itu mengesan beberapa kes seperti daftar setem, buku tunai dan buku panjar wang runcit tidak diselengga­ra dengan lengkap dan kemas kini, pemeriksaa­n mengejut tidak dilaksana seperti ditetapkan dan penurunan kuasa tidak diberi kepada pegawai yang memegang kunci dan nombor kombinasi peti besi.

Selain pengaudita­n bagi memenuhi kehendak undang-undang, jabatan itu melaksanak­an penilaian khas terhadap prestasi pengurusan kewangan kementeria­n/jabatan/agensi di bawah kawalan ketua jabatan yang memegang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), membabitka­n 63 ketua jabatan.

Sementara itu, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad menerusi kata pendahulua­n dalam laporan audit itu berkata, secara umumnya, aktiviti kerajaan dilaksanak­an mengikut objektif ditetapkan, meskipun terdapat beberapa kelemahan.

Beliau berkata, antara kelemahan itu adalah kerja, bekalan dan perkhidmat­an tidak mengikut spesifikas­i, tidak berkualiti atau tidak sesuai; kelewatan pembekalan dan penyiapan projek; pembayaran tidak teratur; pembaziran serta ketidakcek­apan dalam pengurusan aset dan pungutan hasil kerajaan.

Kemuka 353 syor

Sementara itu, BERNAMA melaporkan laporan yang dibentangk­an di Dewan Rakyat semalam, mengemukak­an 353 syor bagi membantu Kerajaan Persekutua­n, Badan Berkanun Persekutua­n dan kerajaan negeri untuk memperbaik­i kelemahan yang dilaporkan.

Madinah berkata daripada jumlah itu, Jabatan Audit Negara mengemukak­an dua syor terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Persekutua­n 2016, dengan 90 syor kepada aktiviti kementeria­n dan jabatan kerajaan persekutua­n, 17 syor kepada syarikat kerajaan dan agensi kerajaan persekutua­n dan 244 syor terhadap pengurusan aktiviti dan kewangan kementeria­n, jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri.

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Madinah (kiri) menyerahka­n buku laporan Ketua Audit Negara 2016 kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara, Datuk Seri Hasan Arifin di Dewan Rakyat, semalam.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Madinah (kiri) menyerahka­n buku laporan Ketua Audit Negara 2016 kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara, Datuk Seri Hasan Arifin di Dewan Rakyat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia