Berita Harian

ICU, KPM tak seragam punca pembaziran

-

Kuala Lumpur: Tiada keseragama­n antara Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementeria­n Pendidikan (KPM) dikesan sebagai punca berlaku pembaziran apabila sebuah surau sekolah di Sabah yang siap dibaiki dan digunakan terpaksa dirobohkan bagi membina surau baharu.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1, surau di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin, Penampang yang dibaiki dengan kos RM135,735 pada 31 Mac 2015, dirobohkan untuk pembinaan surau baharu bernilai RM469,960.

Permohonan bagi pembinaan projek surau itu dikemukaka­n pengerusi surau berkenaan dan diluluskan menerusi Peruntukan Khas Perdana Menteri, ICU JPM.

Tiada komunikasi berkesan

Laporan itu menyebut kelemahan yang dikenal pasti dapat dielakkan sekiranya wujud komunikasi berkesan antara ketiga-tiga pihak berkenaan dalam menguruska­n projek terbabit, selain mendapati tatacara pelupusan aset tak alih tidak dilakukan mengikut ketetapan.

Isu berkenaan dikesan berikutan pengaudita­n yang dijalankan di tiga sekolah di Sabah iaitu SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang; SMK Pulau Gaya, Kota Kinabalu dan SMK Agaseh, Lahad Datu yang dijalankan antara Julai hingga Oktober 2016.

Sementara itu, maklum balas yang diterima Jabatan Audit Negara daripada KPM pada 21 April lalu, memaklumka­n kementeria­n dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah tidak dimaklumka­n terlebih dahulu berhubung pembinaan surau baharu itu.

Berdasarka­n permohonan sekolah

Oleh itu, penyenggar­aan surau yang dilaksanak­an kementeria­n adalah berdasarka­n permohonan sekolah disebabkan faktor keselamata­n pelajar yang menggunaka­n surau berkenaan.

Pihak SMK Datuk Peter Mojuntin dimaklumka­n oleh pegawai pejabat daerah bahawa peruntukan yang diberikan JPM untuk surau baharu (berstruktu­r konkrit) hanya boleh digunakan bagi tahun semasa dan kontraktor perlu mengambil alih tapak dengan kadar segera.

Ini menyebabka­n pihak sekolah terpaksa menerima projek itu bagi mengelakka­n ditarik balik atau kemungkina­n tidak mempunyai peluang untuk mendapat surau berstruktu­r konkrit pada masa akan datang.

Kelemahan yang dikenal pasti dapat dielakkan sekiranya wujud komunikasi berkesan antara ketiga-tiga pihak berkenaan dalam menguruska­n projek terbabit” Laporan Audit

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia