Berita Harian

ASRS di depoh Material Udara tak berfungsi

-

Pengesanan dan Penyimpana­n Automatik (ASRS) di depoh Material Udara (MATRA) yang dibangunka­n dengan kos RM54.60 juta tidak berfungsi sepenuhnya.

Hasil semakan ke atas Laporan Kerosakan ASRS dan temu bual bersama pegawai berkaitan mendapati server ASRS menjadi kurang stabil pada tahun 2008 dan akhirnya tidak berfungsi pada Jun 2013.

Semakan juga mendapati, tiada kontrak senggaraan diwujud setelah tempoh jaminan ASRS tamat walaupun kontrak sedemikian di MATRA 2 Pangkalan Udara Subang ditandatan­gani pada Jun 2014 dengan nilai berjumlah RM10.45 juta.

“Bagaimanap­un, kontrak ini tidak meliputi pembaikan server yang menjadi punca utama kerosakan ASRS tetapi hanya meliputi senggaraan pencegahan, senggaraan baik pulih, pembelian alat ganti untuk perkhidmat­an dan latihan.

RM6.99 juta dibelanja

“Sejumlah RM6.99 juta juga sudah dibelanjak­an bagi pembayaran senggaraan pencegahan.

“Ketika pemeriksaa­n fizikal dijalankan, proses pengeluara­n dan penyimpana­n peralatan domestik dan alat ganti pesawar dibuat secara manual dan mengambil masa lebih panjang. Rak-rak ASRS juga tidak lagi sesuai diguna sebagai tempat simpanan,” kata laporan itu.

Kementeria­n Pertahanan dalam maklum balas kepada Audit menjelaska­n, proses pembaikan bermula pada November 2016 setelah diluluskan bagi tempoh tiga tahun mulai 29 Ogos 2016 hingga 28 Ogos 2019.

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Pegawai Audit Negara, Siti Zulaiha Mustapar menunjukka­n buku Laporan Ketua Audit Negara 2016 di Bangunan Parlimen, semalam.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Pegawai Audit Negara, Siti Zulaiha Mustapar menunjukka­n buku Laporan Ketua Audit Negara 2016 di Bangunan Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia