Berita Harian

Pulau Pinang tak guna dana untuk projek PPR sejak 2013

Akaun Amanah Pelbagai Bagi Pembiayaan Projek Perumahan Awam Kos Rendah berbaki RM121.99 juta

-

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak menggunaka­n Akaun Amanah Pelbagai Bagi Pembiayaan Projek Perumahan Awam Kos Rendah untuk membina projek baharu sehingga mempunyai baki sebanyak RM121.99 juta.

Semakan Ketua Audit Negara mendapati wang daripada akaun itu tidak pernah dibelanjak­an sejak 2013.

Semakan juga mendapati seramai 1,156 pemohon rumah kos rendah dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) masih belum menerima maklum balas kerajaan negeri walaupun sudah mendaftar melebihi 15 tahun.

“Pada pendapat Audit, pematuhan terhadap syarat permohonan adalah tidak memuaskan kerana pemohon yang layak masih menunggu lama untuk mendapatka­n rumah,” kata Laporan Ketua Audit Negara.

Guna kaedah penswastaa­n

Bagaimanap­un, kerajaan negeri dalam maklum balasnya pada 17 Mac lalu berkata, pihaknya sudah merancang untuk membina sejumlah 9,175 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah melalui kaedah penswastaa­n dan meluluskan dasar peluasan kawasan pemajuan di daerah Timur Laut.

Kerajaan negeri juga didapati meluluskan sebanyak 208 pemohon berpendapa­tan melebihi RM2,500 bagi permohonan kediaman kos rendah antara tahun 2014 hingga 2016.

Mengikut laporan itu, empat pemohon mempunyai pendapatan melebihi RM8,500.

208 terima rumah kos rendah

“Mengikut syarat kelayakan permohonan rumah kos rendah, pendapatan suami dan isteri hendaklah tidak melebihi RM2,500.

“Bagi tempoh 2014 hingga 2016, semakan Audit mendapati 208 pemohon yang berpendapa­tan melebihi RM2,500 sudah menerima rumah kos rendah, di mana pendapatan antara RM2,501 hingga RM3,500 mencatatka­n bilangan kelulusan tertinggi iaitu 162 (77.9 peratus) pemohon,” kata laporan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia