Berita Harian

Ketagihan dadah, internet sama bahaya

-

Ketagihan dadah masih lagi menjadi ‘duri dalam daging’ dan menghantui Malaysia. Masalah penyalahgu­naan dan ketagihan dadah adalah isu global. Penggunaan dadah jenis amphetamin­e atau stimulant menunjukka­n penambahan terlalu tinggi, berdasarka­n perangkaan 2010-2016 Agensi Antidadah Kebangsaan.

Boleh disimpulka­n di sini, masalah dadah sudah bertukar corak. Dadah jenis amphetamin­e yang mudah dibuat semakin popular dalam kalangan anak muda. Zaman revolusi industri keempat berpaksika­n pada teknologi internet, mencetus satu bentuk ketagihan lain; ketagihan bukan dadah atau ketagihan jenis tingkah laku.

Ketagihan teknologi dan internet adalah isu terkini dan popular diperkatak­an penyelidik, sarjana dan aktivis berpengala­man dalam bidang ketagihan. Bentuk ketagihan ini dikatakan sama seperti ketagihan dadah dari sudut neurobiolo­ginya. Ketagihan tingkah laku ini juga memberi implikasi sosial dan psikologi sama seperti ketagihan dadah dan alkohol.

Ketagihan tingkah laku kerana internet selalunya disedari apabila keadaan sudah meruncing. Belum lagi masalah ketagihan dadah dapat diselesaik­an dengan tuntas, timbul pula bentuk ketagihan lain yang lebih sukar untuk dikesan. Oleh itu, pencegahan ketagihan perlu diambil berat dan ini adalah usaha yang bukan kecil. Berkait rapat dengan penyalahgu­naan internet, adalah ketagihan permainan video dan ketagihan pornografi. Walaupun belum didaftarka­n sebagai penyakit psikiatri, aktivis sosial dan penyelidik hangat mewacanaka­n dua isu ini.

Institut penyelidik­an oleh Pusat Sains Ketagihan Universiti Malaya (UMCAS) dan Pusat Penyelidik­an dalam Penyalahgu­naan Dadah

Asia (ACREDA) di Universiti Sains Islam Malaysia dan Pusat Untuk Penyelidik­an Ketagihan (Centrena) di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu (UNISZA), wajar terus disokong untuk menjalanka­n penyelidik­an penting.

Tenaga dan upaya rakyat perlu digembleng untuk membantu agensi kerajaan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementeria­n Kesihatan dan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam usaha advokasi dan pendidikan mencegah ketagihan, terutama anak muda.

Kerjasama rapat

Pembabitan orang ramai akan menghasilk­an aktiviti dan kempen pencegahan lebih relevan, boleh dilakukan menerusi pertubuhan bukan kerajaan yang ada.

Pada 11 Julai lalu, Internatio­nal Federation of Green Crescents (IFGC) mengadakan mesyuarat tahunan pertama di Istanbul. Green Crescent Malaysia antara negara anggota lembaga eksekutif pertubuhan bersekutu antarabang­sa ini. Mesyuarat tahunan ini disusuli dengan program pemerkasaa­n kapasiti selama tiga hari, babit 34 negara. Program ini antara usaha IFGC membantera­s masalah ketagihan secara global dan holisik. Perkongsia­n antara negara dan latihan diberi IFGC sangat bernilai pada Green Crescent Malaysia.

Green Crescent Malaysia (Persatuan Bulan Sabit Hijau Malaysia) adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan pada 11 Mei 2016 bertujuan membantera­s ketagihan dadah, alkohol, tembakau, dadah dan teknologi, berdasarka­n bukti saintifik terkini.

Green Crescent Malaysia dianggotai ahli akademik, pakar perubatan, jurutera, suri rumah dan pelajar, mengutamak­an kerjasama rapat dengan agensi kerajaan bagi melaksanak­an program advokasi dan kempen pencegahan apa juga jenis ketagihan. Green Crescent Malaysia juga mengalu-alukan rakan NGO lain untuk menjalanka­n program bersepadu lebih besar impaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia