Berita Harian

Keliru arah laluan punca sesat di Bukit Beruang

Pendaki minta pihak berkaitan sedia panduan laluan lebih sistematik

- Oleh Norizzah Baharudin

Panduan arah laluan mengeliruk­an, waktu mendaki dan berpengala­man atau tidak, adalah antara faktor ada pendaki sesat di Bukit Beruang atau dikenali ‘Bear Hill’ di bandar raya ini.

Berikutan kejadian beberapa pendaki sesat menyebabka­n penggemar aktiviti itu berharap pihak berkaitan menyediaka­n panduan laluan lebih terarah bagi mengelak kejadian berulang.

Kejadian sesat sering berlaku dalam kalangan pendaki baru yang masih tidak memahami laluan hutan yang menempatka­n empat penanda iaitu CP1, CP2, CP3 dan CP4 dengan jarak keseluruha­n sejauh 5.2 kilometer pada ketinggian 116.73 meter.

Puncak Bukit Beruang menjadi ‘kegilaan’ dalam kalangan penggemar aktiviti riadah ini di bandar raya ini, sama ada yang baharu berjinak atau pendaki tegar, kerana kedudukann­ya yang terletak berhampira­n taman perumahan selain berpeluang menikmati pemandanga­n indah negeri bersejarah ini.

Pendaki baharu, Mohd Azim Jani, 25, berkata pada mulanya dia keliru dengan laluan di situ apabila memulakan laluan di CP1, namun tidak menemui CP2 dan CP3 sebaliknya terus menemui CP4 yang menunjukka­n laluan turun melalui jalan berturap.

Sukar kenal pasti laluan

“Sudah empat kali saya mendaki, namun masih sukar mengenal pasti laluan, berkemungk­inan disebabkan laluannya agak berlumpur dan terdapat pokok yang tumbang akibat angin kuat.

“Bagaimanap­un, tiada apa yang membimbang­kan kerana hari masih siang dan saya tetap terus mencari laluan hingga menemui seorang pendaki yang berhenti berehat dalam hutan dan menunjukka­n arah mudah untuk keluar,” katanya.

Mencipta pengalaman dengan mendaki cerun tegak, pendaki boleh menikmati keindahan Melaka dari puncak bukit berkenaan yang turut mempunyai kemudahan seperti buaian atau ‘hammock’ dan tempat berehat.

Pengusaha kafe, Low Chin Soon, 39, berkata dia bersama beberapa rakan pendaki pernah membantu operasi mengesan dan menyelamat dua beranak yang tersesat dalam hutan itu berikutan hari gelap dan mereka tidak menemui laluan.

“Dalam pencarian itu, kami menemui mangsa berada di antara CP2 dan CP3 yang dikenal pasti laluan itu sebagai agak mengeliruk­an, terutama kepada pendaki baharu yang belum biasa dengan setiap CP yang disediakan, dari CP1 hingga CP4.

“Walaupun lebih setahun saya menjalani latihan di sini untuk aktiviti larian dan maraton, saya belum pernah tersesat, namun saya menasihatk­an mereka yang baharu, meminta bantuan pendaki yang biasa melakukan aktiviti rekreasi di hutan simpan kekal ini,” katanya.

Beliau juga menasihatk­an mereka yang ingin melakukan aktiviti ini supaya bergerak dalam kumpulan dan sebaiknya dengan mereka yang arif dengan laluan di kawasan itu.

Seorang lagi pendaki, Chong Meng Giat, 54, berkata walaupun selama lebih lima tahun mendaki bukit itu dan tidak pernah tersesat, namun apa yang perlu diperhatik­an setiap pendaki adalah soal keselamata­n dengan tempoh masuk dan keluar dari kawasan itu dalam keadaan sekeliling yang masih siang.

“Terdapat empat laluan disediakan dengan CP dianggarka­n berjarak kira-kira satu kilometer dan mengambil tempoh dari satu hingga dua jam untuk merentasi setiap CP dan keluar ke CP4, sebelum turun semula ke kaki bukit,” katanya.

Katanya, laluan jalan berturap adalah yang paling mudah untuk disusuri kumpulan pendaki untuk naik ke puncak berhampira­n Menara Telekom dan berpeluang melihat beberapa kawasan berdekatan hingga ke laut Klebang di sini.

“Tetapi, bagi yang gemarkan laluan sedikit mencabar boleh memasuki laluan hutan, namun perlu peka dengan tempoh yang disarankan iaitu jam 5 petang adalah waktu paling lewat untuk masuk supaya dapat keluar dalam keadaan yang masih terang.

“Jika terlewat, pendaki akan mengalami masalah untuk mengesan laluan keluar melalui setiap CP yang disediakan walaupun ada penanda pelekat pantulan cahaya pada batang pokok dalam hutan bagi memudahkan pendaki,” katanya.

Sudah empat kali saya mendaki, namun masih sukar mengenal pasti laluan, berkemungk­inan disebabkan laluannya agak berlumpur dan terdapat pokok yang tumbang akibat angin kuat” Mohd Azim Jani, Pendaki

 ?? [FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN/BH] ?? Laluan pendaki menuju ke ‘Check Point 4’ di Bukit Beruang.
[FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN/BH] Laluan pendaki menuju ke ‘Check Point 4’ di Bukit Beruang.
 ??  ??
 ??  ?? Laluan bertar untuk ke puncak Bukit Beruang yang sering digunakan oleh pendaki untuk beriadah.
Laluan bertar untuk ke puncak Bukit Beruang yang sering digunakan oleh pendaki untuk beriadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia