Berita Harian

500 penduduk Kampung Mutiara akur

Sedia pindah dalam tempoh tiga bulan berikutan rundingan antara wakil penduduk dan pemaju berhasil

- Oleh Fatin Fazlina Yaakob

Isu Kampung Mutiara selesai selepas 500 pendudukny­a bersetuju untuk pindah dalam tempoh tiga bulan berikutan rundingan antara wakil penduduk dan pemaju membuahkan hasil semalam.

Penduduk terbabit diberi tempoh itu untuk mengosongk­an kediaman selepas pemaju juga setuju menangguhk­an notis pengosonga­n dikeluarka­n mahkamah sebelum ini, mengarahka­n mereka keluar sebelum Jumaat ini, memberi peluang untuk mereka berpindah secara sukarela.

“Kami terpaksa akur,” kata penduduk Kampung Mutiara, Zawiyah Ismail, 62, selepas diarahkan berpindah dalam tempoh tiga bulan dari rumahnya yang didiaminya sejak 40 tahun lalu, susulan perintah Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Zawiyah yang juga seorang ibu tunggal berkata, walaupun sedih, dia tidak mempunyai sebarang pilihan lain selain perlu memikirkan masalah kesihatan yang dihadapiny­a ketika ini.

Tempat dilahirkan

“Kampung ini sangat bersejarah buat kami kerana majoriti penduduk lahir dan dibesarkan di sini, serta rumah ini adalah pusaka yang diwarisi daripada datuk dan nenek kami.

“Bagaimanap­un, saya terpaksa akur dan reda dengan keputusan yang dikeluarka­n mahkamah. Saya juga lega kerana pemaju menawarkan kami rumah sementara untuk berteduh,” katanya ketika ditemui.

Awalnya, penduduk Kampung Mutiara di Batu Feringghi itu berkumpul secara aman dalam usaha terakhir menyelamat­kan kampung mereka daripada dirobohkan pihak pemaju yang memperoleh perintah memulakan kerja meroboh bermula 5 Ogos ini.

Pertikaian bermula pada 2014 apabila tanah kawasan berkenaan dibeli seorang ahli perniagaan di Kuala Lumpur pada 2014 yang merancang membangunk­annya bagi tujuan komersial.

Berikutan itu, penduduk membawa kes ke mahkamah, namun permohonan mereka ditolak dengan mahkamah mengarahka­n penduduk keluar dari kawasan berkenaan sebelum Jumaat ini.

Seorang lagi penduduk, Rokiah Ali, 62, berkata mereka menyambut baik tawaran pemaju kerana tidak mahu kes berkenaan berlarutan dan menyukarka­n kehidupan orang ramai.

“Sebelum ini kami tidak dijanjikan dengan sebarang pampasan, malah kami hanya diarah mengosongk­an rumah sehelai sepinggang menyebabka­n penduduk berang.

Harap pemaju penuhi janji

“Saya berharap pihak pemaju akan memenuhi janji termasuk memindahka­n kami semula ke tapak asal kampung selepas semua pembanguna­n selesai,” katanya.

Difahamkan, seramai 70 keluarga yang menetap di Kampung Mutiara akan ditempatka­n sementara di kawasan Sri Tanjung Pinang 1, Tanjung Tokong, sebelum berkemungk­inan ditempatka­n semula di tapak asal Kampung Mutiara selepas projek pembanguna­n selesai.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, berkata beliau menyambut baik keputusan kerajaan negeri yang bersetuju memberi jaminan dengan cagaran RM50,000 kepada pemilik tanah bahawa penduduk akan berpindah.

“Ini adalah keputusan terbaik kepada semua pihak terutamany­a penduduk kampung yang sebelum ini berasa tertindas selepas diarah keluar dari rumah mereka tanpa sebarang pampasan.

“Pemaju juga berjanji akan memberikan penduduk rumah sementara di kawasan Sri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong, dengan syarat penduduk perlu menandatan­gani perjanjian sebelum berpindah,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Kampung Mutiara Batu Feringghi yang dikenali sebagai Kampung Tradisiona­l Melayu akan dirobohkan dalam masa tiga bulan lagi oleh pemilik tanah berkenaan.
[FOTO BERNAMA] Kampung Mutiara Batu Feringghi yang dikenali sebagai Kampung Tradisiona­l Melayu akan dirobohkan dalam masa tiga bulan lagi oleh pemilik tanah berkenaan.
 ?? [FOTO RAMDZAN MASIAM/BH] ?? Penduduk Kampung Mutiara membuat halangan dan berkumpul secara aman dalam usaha terakhir menyelamat­kan Kampung Mutiara, Batu Feringghi daripada dirobohkan oleh pemaju.
[FOTO RAMDZAN MASIAM/BH] Penduduk Kampung Mutiara membuat halangan dan berkumpul secara aman dalam usaha terakhir menyelamat­kan Kampung Mutiara, Batu Feringghi daripada dirobohkan oleh pemaju.
 ??  ?? Penduduk Kampung Mutiara berkumpul secara aman dalam usaha terakhir menyelamat­kan kampung mereka daripada dirobohkan.
Penduduk Kampung Mutiara berkumpul secara aman dalam usaha terakhir menyelamat­kan kampung mereka daripada dirobohkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia