Berita Harian

DAP masih tunggu maklum balas ROS: Gobind Singh

-

Kuala Lumpur: DAP semalam mendakwa Pendaftar Pertubuhan (ROS) berlengah dalam memberi maklum balas kepada surat yang dihantar parti itu berhubung isu pemilihan semula Jawatankua­sa Tertinggi Pusat (CEC).

Pengerusi Biro Guaman Kebangsaan­nya, Gobind Singh Deo, berkata parti itu masih menunggu maklum balas ROS selepas menghantar surat kepada jabatan itu pada 21 Julai lalu.

“Kami menerima surat ROS pada 17 Julai lalu, memaklumka­n tidak mengiktira­f pemilihan CEC pada 2012 dan pemilihan semula pada 2013 serta mengarahka­n DAP mengadakan pemilihan semula.

“Dalam surat itu, ROS memberi beberapa syarat, antaranya melantik badan bebas yang perlu dipersetuj­ui jabatan itu untuk pantau pemilihan semula. Kami sudah memberi maklum balas pada 21 Julai dan memberi nama (badan bebas).

Belum ada maklum balas

“Namun sehingga kini belum ada maklum balas dan kerana memerlukan persetujua­n ROS, kami tidak boleh adakan pemilihan semula walaupun mahu ia diadakan secepat mungkin," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong berkata, DAP mahu melaksanak­an pemilihan semula CEC secepat mungkin kerana bimbang tidak boleh menggunaka­n logo parti pada pilihan raya umum ke-14.

Sebelum ini, ROS menegaskan ia tetap dengan keputusan mahu DAP mengadakan pemilihan semula CEC parti itu bagi membolehka­n perwakilan memilih 20 anggota jawatankua­sa yang sah dan diiktiraf.

Ia berikutan aduan dibuat ahli DAP sendiri yang tidak berpuas hati dengan kepincanga­n proses pemilihan asal pada 2012 dan pemilihan semula CEC setahun kemudian.

DAP mahu melaksanak­an pemilihan semula CEC secepat mungkin kerana bimbang tidak boleh menggunaka­n logo parti pada pilihan raya umum ke-14” Gobind Singh Deo, Pengerusi Biro Guaman Kebangsaan DAP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia