Berita Harian

Pelantikan juruaudit jadi pemerhati bebas dipersoal

Ramai ahli parti tak bersetuju dengan cadangan diumum DAP

- Oleh Ifwan Tun Tuah

Firma audit yang dicadangka­n DAP untuk menjadi pemerhati bebas proses pemilihan semula Jawatankua­sa Tertinggi Pusatnya (CEC), didakwa mempunyai kaitan dan kepentinga­n peribadi dengan pemimpin parti berkenaan.

Mendedahka­n perkara itu pada sidang media di sini semalam, bekas Setiausaha DAP Cawangan Taman Bukit Mas di sini, S Vijayan, berkata ramai ahli parti tidak bersetuju dengan cadangan melantik firma berkenaan seperti diumumkan parti, baru-baru ini.

“Kami difahamkan firma itu ada kaitan dengan pemimpin DAP, kami ada bukti mengenainy­a namun tidak boleh mendedahka­nnya buat masa ini. Kami juga tidak setuju kerana firma itu dipilih oleh pemimpin DAP (CEC) yang tidak sah,” katanya.

Pada 21 Julai lalu, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok dilaporkan berkata, parti itu bersedia mengadakan pemilihan semula CEC pada kongres khas yang diperuntuk­kan dalam Perlembaga­an parti berdasarka­n senarai perwakilan disahkan pada 15 Disember 2012.

Parti cadang lantik PKF Consulting

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh turut dipetik berkata, parti berkenaan turut bercadang melantik juruaudit bebas, PKF Consulting untuk memantau dan mengendali­kan pemilihan semula CEC seperti ditetapkan ROS.

Vijayan berkata, ahli DAP mahu juruaudit yang bebas daripada sebarang konflik kepentinga­n dengan parti berkenaan atau pemimpinny­a dilantik sebagai pemerhati proses pemilihan semula itu.

Beliau yang turut mendakwa pemecatann­ya daripada DAP pada Disember 2012 sebagai tidak sah, berkata firma audit yang diyakini semua ahli amat penting bagi memastikan CEC dipilih secara telus dan tidak dipertikai­kan.

“Kami mahu DAP mengikut kehendak akar umbi, lantiklah firma audit lain seperti Deloitte, Pricewater­housecoope­rs (PWC) atau Ernst & Young," katanya sambil menggesa pemilihan semula CEC disegeraka­n tanpa ada lagi dolakdalik dan pelbagai alasan.

Vijayan turut mempertika­ikan sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen dan peguam DAP yang berdiam diri serta enggan memperbetu­lkan kepincanga­n yang tercetus daripada pemilihan CEC 2012 yang tidak sah.

 ??  ?? Vijayan pada sidang media berkaitan CEC DAP yang tidak sah dan firma audit PKF dipilih sebagai badan bebas oleh Perwakilan Dap Cawangan Taman Bukit Emas di Seremban, semalam.
Vijayan pada sidang media berkaitan CEC DAP yang tidak sah dan firma audit PKF dipilih sebagai badan bebas oleh Perwakilan Dap Cawangan Taman Bukit Emas di Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia