Berita Harian

FELDA catat kerugian RM2B dalam FGV

-

mengalami kerugian sebanyak RM2.064 bilion dalam Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) sehingga 30 Jun lalu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Beliau yang bertanggun­gjawab ke atas hal ehwal FELDA berkata, kerugian itu berdasarka­n pegangan secara langsung sebanyak 21.25 peratus oleh FELDA dalam FGV.

“Kerugian tidak nyata yang dianggarka­n dialami FELDA ialah sebanyak RM2.064 bilion. Bagaimanap­un, jumlah kerugian tidak nyata ini tidak direkodkan dalam Penyata Kewangan FELDA kerana FGV dikategori sebagai syarikat bersekutu.

“Ini adalah mematuhi Piawaian Laporan Kewangan Malaysia (MFRS) 128: Pelaburan dalam Syarikat Bersekutu dan Usahasama,” katanya dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Dr Ko Chung Sen (Dap-kampar) semalam.

Tiada keputusan jadikan FGV syarikat persendiri­an

Razali berkata, masih belum ada keputusan daripada kerajaan untuk menjadikan FGV sebagai syarikat persendiri­an kerana ia syarikat senaraian awam yang tertakluk kepada peraturan ditetapkan Bursa Malaysia dan Suruhanjay­a Sekuriti.

Sehingga 30 Jun lalu, katanya, FELDA mempunyai pegangan langsung 21.25 peratus dalam FGV dan pegangan tidak langsung (melalui Felda Asset Holdings Company Sdn Bhd) sebanyak 12.42 peratus, menjadikan jumlah keseluruha­n sebanyak 33.67 peratus.

“Pegangan saham FELDA dalam FGV direkodkan sebagai Pelaburan Dalam Syarikat Bersekutu di mana FGV direkodkan pada kos dengan nilai RM3,389.39 juta dalam penyata kewangan FELDA bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.

“Sehingga tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 juga, sebanyak RM328.33 juta dibayar FGV kepada FELDA sebagai dividen ke atas pegangan saham FGV,” katanya.

Felda Investment Corporatio­n (FIC) pula, katanya, adalah anak syarikat milik penuh FELDA yang sehingga 30 Jun lalu memberi suntikan modal sebanyak RM500 juta kepada FIC.

 ??  ?? Razali Ibrahim
Razali Ibrahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia