Berita Harian

Peminjam PTPTN perlu ada kesedaran sendiri

-

Kuala Lumpur: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berharap peminjam pinjaman pendidikan disediakan­nya yang sudah memperoleh pendapatan tinggi, agar menambah jumlah ansuran bayaran balik pinjaman mereka.

Pengerusin­ya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata langkah itu bukan sahaja membolehka­n PTPTN menyediaka­n dana berterusan untuk manfaat generasi seterusnya, malah turut menguntung­kan peminjam sendiri.

Diskaun bayaran balik

“Bayar ansuran pinjaman lebih tinggi juga menguntung­kan peminjam sendiri kerana dapat menikmati diskaun bayaran balik antara 10 hingga 15 peratus seperti diumumkan dalam Bajet 2017.

“Jadi, kita harap lebih ramai peminjam PTPTN, terutama yang berpendapa­tan tinggi rebut peluang diskaun itu. Mereka boleh pilih kaedah potongan terus untuk tambah jumlah ansuran bayaran balik pinjaman,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Semalam, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mendedahka­n ada peminjam PTPTN memperoleh pendapatan RM5,000 hingga RM10,000 sebulan, tetapi hanya membayar balik RM50 sebulan kepada PTPTN.

Beliau yang menyifatka­n sikap sedemikian sebagai tidak rasional, meminta peminjam sendiri menambah jumlah ansuran bayaran balik pinjaman mereka apabila gaji bulanan turut meningkat.

Shamsul Anuar berkata, PTPTN amat menyokong saranan Johari dan berharap peminjam mempunyai kesedaran berkenaan.

“Selain menunaikan tanggungja­wab sebagai peminjam, kesedaran dan tindakan membayar balik pinjaman akan memberi manfaat besar kepada anak muda selepas ini yang mendapat peluang menimba ilmu di menara gading,” katanya.

Kesedaran dan tindakan membayar balik pinjaman akan memberi manfaat besar kepada anak muda selepas ini yang mendapat peluang menimba ilmu di menara gading ” Shamsul Anuar Nasarah, Pengerusi PTPTN

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Peminjam PTPTN perlu bertanggun­gjawab melunaskan bayaran balik masing-masing.
[FOTO HIASAN] Peminjam PTPTN perlu bertanggun­gjawab melunaskan bayaran balik masing-masing.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia