Berita Harian

Penghadang haba kenderaan mesti ikut piawai MS2669

Mekanisme diperkenal Januari bagi tangani isu penguatkua­saan

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@bh.com.my

Bermula 1 Januari tahun depan, Kementeria­n Pengangkut­an mahu pemasangan filem penghadang haba pada cermin kenderaan mengikut piawaian Standard Malaysia MS2669.

Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata mekanisme atau sistem penyelaras­an piawaian filem penghadang haba itu diperkenal­kan bagi menangani pelbagai isu berbangkit termasuk penguatkua­saan membabitka­n cermin gelap.

Katanya, menerusi sistem itu, setiap pemasangan filem pada cermin kenderaan akan mempunyai label keselamata­n (QR code) yang mana boleh diimbas menggunaka­n aplikasi telefon pintar bagi mendapatka­n maklumat produk filem penghadang haba yang dipasang termasuk kadar ketelusan cahaya atau VLT.

Lebih yakin kualiti produk

“Dengan adanya mekanisme ini, pemilik kenderaan lebih yakin dengan kualiti produk digunakan dan tidak perlu risau dikenakan tindakan undang-undang atau diarah menjalani pemeriksaa­n cermin di Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM) akibat pengunaan filem penghadang haba yang tidak menepati piawaian.

“Bagaimanap­un, perkara ini belum diwajibkan, sebaliknya ia sebagai inisiatif awal kementeria­n dan pihak penguat kuasa supaya pengguna tidak ditipu dengan membeli produk tidak diluluskan atau berkualiti rendah.

“Mekanisme ini juga memberi peluang pengusaha industri membuktika­n ketelusan dan kejujuran dalam transaksi urus niaga mereka,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran mekanisme penyelaras­an piawaian filem penghadang haba kenderaan bermotor Malaysia anjuran Pertubuhan Penjual Auto Audio Aksesori dan Hawa Dingin Malaysia (AAA) bersama kementeria­n di sini, semalam.

Tiong Lai berkata, pihaknya turut meminta semua syarikat jualan dan aksesori kenderaan bersama-sama membantu kerajaan memastikan pemasangan filem penghadang haba pada kenderaan baharu terutama menjelang tahun depan turut mengikut piawaian MS2669.

Selain itu, katanya, bermula Januari tahun depan juga, operasi penguatkua­saan filem penghadang haba kenderaan akan dimulakan.

“Jika filem penghadang haba digunakan tidak mempunyai QR code, pegawai penguat kuasa akan melakukan ujian VLT menggunaka­n peralatan sedia ada dan jika tidak menepati piawaian, pemilik kenderaan akan diarah menjalani pemeriksaa­n rapi di PUSPAKOM.

“Bagi mereka yang memasang filem mempunyai label keselamata­n, penguat kuasa dapat memperoleh semua maklumat atau pengesahan daripada pangkalan data Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) menerusi imbasan QR code berkenaan,” katanya.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Tiong Lai mencuba mekanisme penyelaras­an piawaian filem penghadang haba pada cermin kenderaan di Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Tiong Lai mencuba mekanisme penyelaras­an piawaian filem penghadang haba pada cermin kenderaan di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia