Berita Harian

Cucu temankan datuk realisasi impian

Luqman Khairuddin sanggup tolak tawaran jadi jurutera pastikan kebajikan di Tanah Suci tiada masalah

- Oleh Yusra Adibah Zakaria bhnews@bh.com.my

Seorang cucu sanggup menolak tawaran kerja sebagai jurutera sebuah syarikat swasta, semata-mata mahu menemani datuknya menunaikan haji musim ini.

Muhammad Luqman Khairuddin Mohd Izral, 21, berkata beliau tidak kesal menolak tawaran itu kerana mahu memastikan datuknya, Mohamad Khairy Buyong, 65, dapat menunaikan ibadat dengan sempurna, sekali gus membolehka­nnya menunaikan haji pada usia muda.

Malah, beliau berkorban masa dan tenaga membantu persediaan datuknya yang mengalami strok empat tahun lalu sebelum menunaikan Rukun Islam kelima itu, sejak enam bulan lalu.

Anak keempat daripada lima beradik itu, berkata dia mengambil keputusan menemani datuknya yang kini lumpuh sebelah kanan badan bagi memastikan tiada masalah sepanjang berada di Tanah Suci.

“Lembaga Tabung Haji (TH) meminta supaya seorang waris yang sihat menemani datuk sepanjang berada di Tanah Suci kerana pergerakan terbatas selain memudahkan­nya melakukan ibadah haji tanpa sebarang masalah.

“Saya amat bersyukur kerana diberi peluang oleh TH dan ini adalah rezeki dari Allah yang sudah tentu saya tidak mahu melepaskan peluang yang mungkin datang sekali dalam seumur hidup.

“Saya baru selesai mengikuti pengajian dalam bidang kejurutera­an kapal terbang dan mengambil keputusan menangguhk­an niat untuk bekerja bagi merealisas­ikan impian datuk yang ingin menunaikan haji pada tahun ini,” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji, di sini semalam.

Yakin dibantu kakitangan TH

Luqman Khairuddin berkata, walaupun pergerakan datuknya terbatas, namun itu tidak menimbulka­n masalah kepadanya dan memahami ia antara cabaran perlu dihadapi sepanjang berada di Tanah Suci kelak.

“Saya tidak bimbang sepanjang berada di Tanah Suci kerana yakin kakitangan TH sentiasa memberikan bantuan, selain ada rakan jemaah lain,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Khairy berkata, keadaannya yang separa lumpuh bukanlah alasan untuk menangguhk­an niat menunaikan haji.

“Saya perlu kuatkan semangat walaupun berada dalam keadaan serba kekurangan, tetap diberikan peluang menunaikan haji.

“Peluang yang ada ini sememangny­a ditunggu-tunggu dan segala persiapan sudah dilakukan untuk menunggu hari bersejarah ini,” katanya yang bersyukur kos menunaikan haji ditanggung sepenuhnya bapa Muhammad Luqman Khairuddin yang juga anak sulungnya.

 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] ?? Mohamad Khairy bersama Luqman Khairuddin di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, semalam.
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] Mohamad Khairy bersama Luqman Khairuddin di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia