Berita Harian

Pelajar SK Putra raih pingat emas WICC di Seoul

-

Kangar: Alat Pemberi Makan Kucing Solar ciptaan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Putra di sini, meraih pingat emas dalam Pertanding­an Kreativiti Rekacipta Dunia (WICC) kali ke enam di Seoul, Korea Selatan, kelmarin.

Inovasi diberi nama ‘Solar Cat Feeder’ ciptaan Muhammad Danish Syafi Mohd Azdikirana, 12, itu menewaskan wakil dari 20 buah negara lain yang turut bertanding dalam kejohanan yang berlangsun­g selama tiga hari bermula Jumaat lalu.

Sebagai pencinta haiwan, Danish Syafi berkata, ciptaan itu adalah ilham dalam usaha memastikan kucing peliharaan­nya terjaga dengan rapi.

“Hasil perkongsia­n idea bersama bapa, saya mencipta sebuah kotak makanan yang disambungk­an kepada litar kawalan elektrik, alat pengimbas dan panel solar sebagai bekalan tenaganya.

Alat bantu selesai masalah pencinta kucing

“Alat ini mendapat tempat di hati juri kerana mampu menyelesai­kan masalah utama pencinta kucing yang buntu memikirkan cara memberi kucing makan seharian sekiranya mereka tiada di rumah,” katanya yang dihubungi BH di sini semalam.

Danish Syafi berkata, alat terbabit hanya bergantung kepada sumber tenaga solar dan berfungsi apabila kucing mendekati alat pengimbas berkenaan.

“Ia akan mengeluark­an makan secara automatik dalam jumlah ditetapkan. Malah bagi mengelak pembaziran, alat terbabit hanya akan mengeluark­an makanan selepas lima minit haiwan itu mendekati semula pengimbas terbabit.

“Saya juga berbesar hati sekiranya ada pihak yang sudi menaja dana bagi tujuan mengkomers­ialkan ciptaan ini,” katanya.

Beliau terpilih ke pertanding­an bertaraf dunia itu susulan penajaan oleh Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) selepas muncul sebagai pemenang Kategori Utama dalam Simposium Inovasi dan Pembelajar­an Kajian Kejurutera­an (Perlis 3.0) anjuran bersama UNIMAP dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) pada Mei lalu.

Selain SK Putra, dua lagi pingat emas turut diraih delegasi penyelidik Perlis menerusi kemenangan oleh pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah (Al-maad).

 ?? [FOTO IHSAN UNIMAP] ?? Danish Syafi (tengah) bersama guru pengiring menunjukka­n ciptaan ‘Solar Cat Feeder’ yang menjadi juara di WICC di Seoul, Korea Selatan, kelmarin.
[FOTO IHSAN UNIMAP] Danish Syafi (tengah) bersama guru pengiring menunjukka­n ciptaan ‘Solar Cat Feeder’ yang menjadi juara di WICC di Seoul, Korea Selatan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia