Berita Harian

Aliff akui keluar dengan Afifah

Pelakon mohon maaf, mengaku bersalah sakiti hati Bella

- Oleh Farihad Shalla Mahmud dan Zaidi Mohamad bhnews@bh.com.my

Pelakon dan penyanyi kontrovers­i, Aliff Aziz, mengaku bersalah menyakitka­n hati isterinya, Bella Astillah, apabila keluar dengan pelakon baharu, Afifah Nasir.

Bintang kelahiran Singapura itu turut meminta maaf kepada isteri, ahli keluarga dan peminat kerana kesalahann­ya itu, malah beliau mengharapk­an pelakon wanita berkenaan, yang juga adik kepada Anzalna Nasir, akan melakukan tindakan sama sepertinya.

“Saya dan dia tahu apa yang berlaku sebenarnya. Jika saya boleh mengaku kekhilafan diri dan memohon maaf, sekali gus berdepan dengan semua pihak termasuk keluarga serta rakan media, dia juga sewajarnya melakukan perkara sama andai berasakan dirinya bersalah.

“Tak perlu menegakkan benang basah. Kita sama-sama buat silap dan kebenaran akan terserlah juga akhirnya,” katanya pada sidang media di Bukit Jelutong, di sini, semalam.

Aliff, 26, tampil memberikan penjelasan berkenaan selepas ditahan polis, Jumaat lalu, atas dakwaan mengasari isterinya dalam satu insiden di sebuah premis hiburan, ketika berdua-duaan dengan Afifah.

Aliff dan Afifah dikatakan mula intim selepas berganding­an menerusi drama Izinkan Aku Mencintaim­u.

Akibat kejadian pada petang Khamis lalu itu, Bella, 23, membuat laporan polis di Cheras.

Selepas dua malam ditahan di Balai Polis Dang Wangi, artis terbabit akhirnya dibebaskan dengan jaminan polis pada Sabtu lalu dan Bella juga menarik balik aduannya pada hari sama Aliff dibebaskan.

“Saya berterima kasih kerana isteri memberikan saya peluang kedua. Saya menafikan dakwaan membelasah dan memukul isteri, sebaliknya kami hanya bergelut hingga tercetus tindakan mengasari isteri.

“Saya juga berharap selepas ini tidak ada lagi kenyataan atau maklumat bercanggah kerana saya sudah berkongsi semuanya dengan media,” katanya.

Maafkan Aliff demi anak

Terdahulu, Bella menerusi kenyataann­ya sanggup memaafkan Aliff demi anak mereka, Mohamad Ayden Adrean, yang dilahirkan 8 Julai lalu.

Enggan kejadian sama berulang dan mengakui dirinya masih ragu terhadap suaminya, Bella memberi amaran kepada Afifah supaya tidak lagi mengganggu suaminya.

“Kepercayaa­n saya terhadap Aliff sudah kurang, namun berharap Aliff dapat membuktika­n kata-kata kekesalann­ya itu dan kami akan cuba menjalani kehidupan seperti biasa.

“Saya harap orang di ‘sebelah sana’ tidak lagi mengganggu kami. Bagaimanap­un, mereka perlu bersikap profesiona­l dan habiskan lakonan ( drama berkenaan) kerana itu tanggungja­wab,” katanya.

Mengulas pengakuan Aliff, Bella berkata, beliau lega dengan tindakan suaminya itu.

“Saya lega dengan penjelasan Aliff, namun saya belum gembira. Luka hati masih berdarah, namun saya perlu fikir ke depan, termasuk anak saya.

“Saya berharap semua orang mendoakan Aliff tidak melakukan kesilapan sama dan sedar apa berlaku menghancur­kan segala-galanya termasuk kepercayaa­n saya kepadanya,” katanya.

 ?? [FOTO OSMAN ADNAN/BH] ?? Aliff dan Bella pada sidang media di Bukit Jelutong, semalam.
[FOTO OSMAN ADNAN/BH] Aliff dan Bella pada sidang media di Bukit Jelutong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia