Berita Harian

Serina nafi abai tanggungja­wab

-

Kuala lumpur: Pelakon, Serina Redzuawan, terkilan dengan tindakan beberapa pihak menuduh beliau mengabaika­n tanggungja­wab sebagai ibu ekoran pemberian hak jagaan sementara dua anaknya kepada suami, Gavin Edward O’luanaigh.

Serina, 34, berkata beliau mempunyai sebab membuat keputusan sedemikian dan masing-masing bersepakat menjaga dua cahaya mata mereka, Tristan Tareef, 7, serta Isabella Saffiya, 5, dengan cara tersendiri.

Jaga anak bersama

“Saya dan Gavin tidak bergaduh, apatah lagi mahu berebut anak. Kami bersepakat menjaga anak.

“Memandangk­an pada siang hari dia bekerja mengikut waktu pejabat, saya akan menguruska­n anak termasuk hal sekolah, mengaji dan sebagainya.

“Pada waktu malam pula, Gavin yang akan menguruska­n mereka. Dia minta anakanak bermalam di rumah asal kami kerana bilik mereka baru sahaja diubahsuai,” katanya kepada BH.

Serina berkata, beliau masih rasional dan tahu tanggungja­wab menjaga anak.

“Bukannya saya lepas tangan tinggalkan anak. Ia fitnah cukup besar yang disebarkan. Saya masih rasional dan tahu tanggungja­wab menjaga mereka,” katanya.

Prosiding perceraian

Pasangan terbabit kini menjalani prosiding perceraian yang difailkan Serina, sejak April lalu. Serina dan Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar, 40, bernikah pada 1 Januari 2010.

Anak kepada tukang masak selebriti, Chef Wan itu turut menegaskan Gavin belum mendapat hak jagaan sepenuhnya dan mereka perlu berhati-hati menjaga emosi anak buat masa ini.

Terdahulu, Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail memuat naik kenyataan di Instagram miliknya meluahkan rasa terkejut apabila Serina bersetuju melepaskan hak jagaan kedua-dua anaknya kepada Gavin.

Bukannya saya lepas tangan tinggalkan anak. Ia fitnah cukup besar yang disebarkan. Saya masih rasional dan tahu tanggungja­wab menjaga mereka” Serina Redzuawan, Pelakon

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia