Berita Harian

Kenderaan jururawat rempuh besi penghadang

-

Baling: “Saya tidak menyangka usaha menghubung­inya sebanyak empat kali yang gagal pada pagi tadi (semalam), menjadi petanda dia meninggal dunia,” kata Abu Hassan Ahmad, bapa kepada jururawat Hospital Kulim yang maut dalam kemalangan pagi semalam.

Nur A’ishah, 32, dari Taman Wawasan, di sini, maut selepas tersepit di bahagian pemandu kereta Proton Saga apabila terbabit dalam kemalangan di Batu 7, Binjol, Jalan Baru Kulim-baling, di sini jam 8.30 pagi.

Abu Hassan, 63, berkata dia beranggapa­n Nur A’ishah sedang sibuk bekerja, malah langsung tidak memikirkan sesuatu yang buruk sebelum menerima panggilan daripada seorang rakan memaklumka­n kejadian itu.

Beliau berkata, tindakanny­a menghubung­i anak sulung daripada empat beradik itu kerana hairan arwah yang sepatutnya sudah sampai di rumah pada jam 8.30 pagi, masih belum tiba.

“Saya menyangka dia singgah di tempat lain atau keluar lambat dari tempat kerja kerana sibuk tetapi telahan meleset apabila seorang rakan memaklumka­n kemalangan terbabit.

“Ketika itu, saya dan isteri, Zaharah Saad, 60, bercadang ke Sungai Petani dan selepas mendapat panggilan, kami berpatah balik terus ke Hosptal Baling (HB),” katanya ditemui di Hospital Baling di sini, semalam.

Kenderaan hilang kawalan

Abu Hassan berkata, dia sekeluarga risaukan anak arwah, Nur Azlina Umairah Muslan,2, kerana hubungan ibu dan anak itu rapat, manakala menantunya, Muslan Hashim, 28, bertugas sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kuantan, Pahang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superinten­dan Shariffudd­in Yusof, berkata Nur A'ishah dipercayai dalam perjalanan pulang dari arah Kulim menghala ke Baling selepas selesai bertugas.

“Kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar besi pembahagi jalan sebelum maut akibat parah di kepala serta badan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 ??  ?? Keadaan kereta yang dinaiki seorang jururawat Hospital Kulim yang maut apabila hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di Jalan Baru Kulim- Baling, berdekatan Kampung Balik Angin, semalam.
Keadaan kereta yang dinaiki seorang jururawat Hospital Kulim yang maut apabila hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di Jalan Baru Kulim- Baling, berdekatan Kampung Balik Angin, semalam.
 ??  ?? Nur A’ishah Abu Hassan
Nur A’ishah Abu Hassan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia