Berita Harian

Dua beradik mahu ziarah ayah maut nahas

Kereta mangsa hilang kawalan, rempuh kenderaan lain

- Oleh Farah Suhaidah Othman bhnews@bh.com.my

Hasrat dua beradik untuk mengunjung­i bapa mereka yang menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan membabitka­n tiga kenderaan di Kilometer 290.5, Lebuh Raya Utara-selatan arah utara di sini, awal pagi semalam.

Dalam kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi itu, pemandu, Gurvider Singh, 22, dan kakaknya, Simrandeep Kaur, 25, maut di tempat kejadian akibat parah selepas tersepit dalam kereta Perodua Axia dinaiki mereka.

Pemandu kereta jenis Perodua Myvi berusia 23 tahun pula cedera dan dirawat di HRPB, manakala rakannya yang menaiki kereta sama serta pemandu treler yang turut terbabit kemalangan itu, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ayah sakit di hospital

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata siasatan awal mendapati kereta Perodua Axia dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke bandar raya ini untuk melawat bapa mereka, Jasbent Singh, di hospital berkenaan.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta mangsa yang berada di lorong kanan hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebelah kanan kereta Perodua Myvi dinaiki dua lelaki masing-masing berudia 23 tahun yang berada di lorong sebelah kiri lebuh raya.

“Akibat rempuhan itu, kereta dinaiki dua mangsa yang juga pelajar institut pengajian tinggi (IPT) itu merempuh sebuah treler yang membawa muatan kereta Perodua dipercayai di parkir di tepi susur kiri jalan.

“Susulan kejadian itu, kereta PERODUA Axia terbalik ke dalam longkang di tepi kiri jalan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Chang Keong berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? Simrandeep Kaur
Simrandeep Kaur
 ??  ?? Gurvider Singh
Gurvider Singh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia