Berita Harian

SPRM tahan pengurusan kanan FIC

Bantu siasatan pembelian sebuah hotel empat bintang di London

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar dan Mohamed Farid Noh bhnews@bh.com.my

Seorang bekas pengurusan kanan Felda Investment Corporatio­n (FIC), ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan pembelian sebuah hotel empat bintang di London oleh FIC.

Lelaki berkenaan ditahan kira-kira jam 9.50 malam tadi di Ibu Pejabat SPRM di sini selepas lebih 12 jam memberi keterangan sejak 9.30 pagi semalam.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani mengesahka­n penahanan suspek yang dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk permohonan reman.

Sebelum ini, SPRM membuka kertas siasatan pembelian hotel di Kensington, London antara 2013 dan 2015 oleh FIC, dipercayai dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabka­n syarikat itu rugi jutaan ringgit.

FIC dilapor membeli hotel empat bintang berkenaan pada harga STG60 juta (RM330 juta) pada 16 Disember 2014.

Minta rasuah Batu Pahat,

Di SPRM Johor menahan seorang bekas pekerja sebuah syarikat utiliti kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada seorang pemilik restoran.

Menurut kenyataan SPRM, suspek berusia 31 tahun ditahan kira-kira jam 4 petang ketika hadir untuk memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Batu Pahat.

“Suspek disyaki meminta dan menerima RM3,200 daripada seorang pemilik restoran di sini bagi mempercepa­tkan proses pemasangan meter elektrik di sebuah restoran pada Ogos tahun lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntu­kkan hukuman denda lima kali nilai rasuah atau RM10,000, mana lebih tinggi dan penjara maksimum 20 tahun,” kata kenyataan berkenaan.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Pegawai kanan FIC hadir ke pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai bagi membantu siasatan.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Pegawai kanan FIC hadir ke pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai bagi membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia