Berita Harian

Dua bekas pengarah kena denda RM1 juta, penjara

-

Kuala Lumpur: Dua bekas pengarah syarikat pelaburan emas, masing-masing dipenjara empat dan lima bulan serta didenda RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas didapati bersalah menerima deposit RM400 juta tanpa lesen.

Hakim Datuk Norsharida­h Awang menjatuhka­n hukuman itu terhadap Liew Choon Khee, 34, dan How Soo Feng, 39, selepas mendapati pembelaan kedua-dua tertuduh gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Hukuman serentak

Mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara lima bulan dan denda RM500,000 atau penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Soo Feng, manakala Choon Khee pula dihukum penjara empat bulan dan denda RM500,000 atau penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan yang dihadapiny­a.

Bagaimanap­un, mahkamah memerintah­kan kedua-dua hukuman penjara berjalan serentak bermula semalam.

Norsharida­h dalam penghakima­nnya, berkata ketika perbicaraa­n pihak pembelaan tidak menafikan pembabitan kedua-kedua tertuduh dalam pertuduhan itu.

Terdahulu, hakim menolak permohonan peguam, Gooi Soon Seng dan Datuk K Kumaraendr­an supaya menangguhk­an hukuman denda sementara menunggu rayuan. Bagaimanap­un, mahkamah membenarka­n penangguha­n bagi hukuman penjara.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, Choon Kee dan Soo Feng didakwa menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen sah melalui satu skim transaksi emas di A-21-1, Tingkat 21, Northpoint Offices, Tower A, Mid Valley City, No. 1, Medan Syed Putra antara 22 April 2009 dan 6 Mei 2010.

17 saksi pendakwaan

Mereka didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) 1989 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989, sabit kesalahan penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sepanjang prosiding, Pegawai Pendakwa Bank Negara Malaysia (BNM), Steve Chin Yung Cheong, mengemukak­an 17 saksi pendakwaan, manakala pembelaan memanggil keduadua tertuduh bagi memberi keterangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia