Berita Harian

Kawalan 40 pangkalan haram di Jeli diperketat

Penyeludup tukar taktik pilih laluan tikus seludup bahan terlarang

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@bh.com.my

Sempadan Kelantan-thailand yang lebih terbuka kerana ada sempadan darat melalui hutan, disyaki menjadi punca penyeludup kini menyasar 40 pangkalan haram dan laluan tikus sekitar daerah itu untuk melakukan aktiviti terlarang.

Panglima 8 Briged, Brig Jen Nazari Abd Hadi, berkata daripada jumlah itu, 20 dikenal pasti aktif dalam aktiviti penyeludup­an yang sebahagian besarnya adalah sempadan darat,

“Jika sebelum ini aktiviti penyeludup­an di sempadan, aktif menerusi pangkalan haram sekitar Rantau Panjang serta Pengkalan Kubor, Tumpat. Namun, berikutan penutupan 129 pangkalan haram terbabit, penyeludup mula menukar taktik dengan memilih laluan di Jeli untuk menyeludup bahan terlarang itu.

“Kita akui, sempadan di Jeli lebih terbuka kerana lokasi itu mempunyai sempadan darat dan penyeludup tidak perlu menggunaka­n bot untuk menyeludup, berbanding di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor.

“Justeru itu, saya sudah mengarahka­n anggota bertugas supaya memperketa­tkan kawalan terhadap kawasan berkenaan bagi mengekang kegiatan penyeludup­an,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tukar laluan

Akhbar sebelum ini melaporkan, berikutan penutupan 129 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok, terutama dua yang dikenal pasti paling aktif, penyeludup kini dikesan menukar laluan kepada pangkalan haram di Jeli untuk menjalanka­n aktiviti terlarang.

Komander Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Kelantan, Mohd Asri Yahya, berkata maklumat itu berdasarka­n risikan yang dijalankan pihaknya.

Beliau berkata, jika sebelum ini kebanyakan penyeludup memilih pangkalan haram di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor, namun susulan pemeriksaa­n ketat dijalankan, mereka mula menukar strategi.

Katanya, dua pangkalan haram dikenal pasti paling aktif adalah Ibrahim Pencen dan Gergaji iaitu di Rantau Panjang terutama membabitka­n penyeludup­an lembu.

 ?? [FOTO KAMAL MAJID/BH] ?? Kawasan pangkalan haram Pohon Rambutan, Jeli yang dipisahkan dengan Sungai Golok dipercayai menjadi laluan penyeludup berikutan penutupan pangkalan haram sepanjang Sungai Golok.
[FOTO KAMAL MAJID/BH] Kawasan pangkalan haram Pohon Rambutan, Jeli yang dipisahkan dengan Sungai Golok dipercayai menjadi laluan penyeludup berikutan penutupan pangkalan haram sepanjang Sungai Golok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia