Berita Harian

10 pelajar perempuan belasah rakan ditahan

-

Kunak (Sabah): Sepuluh pelajar perempuan Tingkatan Tiga hingga Lima sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis untuk siasatan berhubunga­n perbuatan mereka membelasah seorang pelajar secara beramai-ramai di sebuah padang pekan ini pada Sabtu lalu.

Semua pelajar itu ditahan dan diambil keterangan masing-masing susulan laporan dibuat ibu mangsa mengenai kejadian itu sehari selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superinten­dan Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata selain 10 pelajar terbabit, polis juga memanggil ibu bapa dan guru sekolah berkenaan untuk diambil keterangan masing-masing bagi melengkapk­an siasatan.

Setakat ini, punca sebenar kejadian terbabit masih dalam siasatan polis. Difahamkan, ia dikatakan berpunca perselisih­an di antara mangsa dengan kumpulan penyerangn­ya.

Kelmarin, satu klip video berdurasi 99 saat memaparkan sekumpulan pelajar perempuan, menyerang dan memukul seorang pelajar perempuan lain, tersebar di laman sosial sehingga menimbulka­n rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Terima rawatan pesakit luar

Susulan serangan itu, mangsa yang juga pelajar Tingkatan Tiga sekolah sama mendapat rawatan pesakit luar pada hari sama akibat lebam pada tubuh badan.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kunak, Abu Samah A Bakar, berkata pihaknya memandang serius kes berkenaan dan siasatan dalaman sedang dijalankan sebelum tindakan selanjutny­a diambil.

“Polis juga sudah dimaklumka­n dan siasatan sedang berjalan. PPD tiada masalah membantu (siasatan). Memandangk­an kejadian berlaku di luar kawasan dan waktu persekolah­an, kami akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan sedia ada,” katanya.

Beliau juga meminta orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu supaya tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

 ??  ?? Gambar rakaman video seorang pelajar perempuan diserang dan dipukul sekumpulan pelajar perempuan lain di kawasan padang sekolah di pekan Kunak.
Gambar rakaman video seorang pelajar perempuan diserang dan dipukul sekumpulan pelajar perempuan lain di kawasan padang sekolah di pekan Kunak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia