Berita Harian

TH komited anjur program pendidikan

Galakkan generasi muda timba ilmu secara lebih kreatif

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar fatin@bh.com.my

Tabung Haji (TH) komited untuk terus mengambil bahagian dalam pelbagai program pendidikan berimpak tinggi yang dapat menyumbang kepada masyarakat terutama pelajar yang bakal menduduki peperiksaa­n penting.

Pengarah TH Selangor, Mohd Sawal Abong, berkata penganjura­n Seminar Bimbingan Peperiksaa­n adalah sebahagian daripada program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) TH bertujuan menggalakk­an generasi muda di negara ini menimba ilmu dengan cara lebih kreatif.

Beliau berkata, TH akan terus memainkan peranan dalam merealisas­ikan matlamat itu yang secara tidak langsung akan dapat melahirkan generasi profesiona­l pada peringkat lebih tinggi.

“Komitmen ini juga selaras dengan aspirasi kami (TH) dalam melahirkan modal insan cemerlang dan berkeupaya­an tinggi,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Bimbingan Peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) 2017, di sini, baru-baru ini.

Lebih yakin hadapi PT3

Seramai 250 pelajar dari sekolah menengah sekitar Bangi teruja diberikan peluang untuk menyertai seminar anjuran TH itu melalui Kelab Taha dengan kerjasama BH.

Seminar berlangsun­g sehari itu disertai 200 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Bangi serta 50 pelajar dari Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar (SAMSML).

Yang turut hadir ialah Presiden Persatuan Ibu Bapa Guru SMK Bandar Baru Bangi, Nor Hisham Abdullh Sani; Penolong Kanan SMK Bandar Baru Bangi, Rosiah Ariffn dan Pengarang Berita Pendidikan BH, Mohd Feroz Abu Bakar.

Sementara itu, pelajar dari SAMSML, Sarah Ellysya Sazali berkata, pengalaman pertama menyertai seminar itu membuka peluang pembelajar­an lebih menarik baginya.

Katanya, peluang diberikan itu juga digunakan sebaiknya untuk menimba ilmu membabitka­n tiga subjek penting iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

“Saya kini lebih yakin untuk menjawab soalan peperiksaa­n PT3 selepas mendengar penerangan diberikan penceramah yang mudah difahami dan tidak membosanka­n,” katanya.

Pelajar SMK Bandar Baru Bangi, Muhd Danish Syazwan Mohd Hamdan, berkata perkongsia­n nota yang diedarkan pada seminar itu membantu persediaan dirinya untuk menghadapi peperiksaa­n PT3 Oktober ini.

“Sebelum ini, banyak perkara yang kami tidak jelas mengenai cara menjawab soalan, namun kali ini lebih yakin selepas mendapat pengisian berguna daripada penceramah berpengala­man sepanjang mengikuti seminar ini,” katanya.

 ?? [FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] ?? Mohd Sawal (tujuh dari kiri) bergambar bersama-sama peserta Seminar Bimbingan Peperiksaa­n PT3 2017 anjuran Kelab Taha dengan kerjasama BH di Bangi, baru-baru ini.
[FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] Mohd Sawal (tujuh dari kiri) bergambar bersama-sama peserta Seminar Bimbingan Peperiksaa­n PT3 2017 anjuran Kelab Taha dengan kerjasama BH di Bangi, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia