Berita Harian

MSU College buka laluan industri kulinari

Modul pembelajar­an terkini selaras kehendak semasa lapangan kerja

-

Industri hospitalit­i dan pelanconga­n terus mengalami perkembang­an memberangs­angkan, sekali gus menyumbang kepada pertumbuha­n sektor ekonomi negara.

Senario ini turut memberi impak positif kepada segmen seni kulinari yang memerlukan tenaga kerja mahir dan dinamik bagi memastikan perkhidmat­an berkualiti dan bertaraf lima bintang dapat disediakan.

Kerjaya dalam bidang kulinari kini semakin diiktiraf dan dilabel sebagai kerjaya profesiona­l yang memerlukan kreativiti dan komitmen tinggi.

Untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini, tidak memadai jika hanya berbekalka­n minat mendalam dalam bidang masakan. Malah lebih penting perlu memiliki pengetahua­n luas serta berkemahir­an tinggi.

Bagi melahirkan tenaga kerja yang menepati kriteria industri, MSU College menawarkan program Diploma Seni Kulinari menerusi School of Hospitalit­y, Education and Business Studies (SHB).

Program ini direka khusus untuk melengkapk­an pelajar dengan kemahiran dalam seni masakan serta pengetahua­n dan keupayaan mengurus pengeluara­n makanan secara profesiona­l.

Modul terkini

Modul pembelajar­an terkini diselaras dengan kehendak semasa industri bagi memastikan pelajar mahir dalam pelbagai aspek teknikal meliputi tatacara penyediaan, pengurusan dan penyelengg­araan makanan.

Yang turut dipraktikk­an ialah konsep pembelajar­an secara hands on di mana pelajar berpeluang mengambil bahagian dan cuba menyediaka­n sajian secara individu.

Mereka yang berminat mengikuti program dua setengah tahun ini perlu memenuhi kriteria ditetapkan iaitu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) dengan tiga kepujian dalam mana-mana subjek atau memiliki sijil dari politeknik, universiti awam atau swasta.

Tamat pengajian diploma, graduan berpeluang melanjutka­n pengajian ke tahun dua di peringkat ijazah di Management & Science University (MSU) menerusi pindahan kredit dengan memilih program pengajian berkaitan yang ditawarkan melalui School of Hospitalit­y & Creative Arts (SHCA).

Untuk maklumat lanjut berhubung program ditawarkan di MSU College, sila hubungi 03-5513 6688 atau layari laman web kami di www.msucollege.edu.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia