Berita Harian

2,000 dijangka meriahkan konvokesye­n MSU Ke-21

Pelbagai acara, aktiviti menarik dirancang

-

Majlis konvokesye­n adalah satu detik bersejarah dan bermakna bagi setiap graduan. Ia kesinambun­gan kepada usaha pelajar sepanjang tempoh pembelajar­an mengikut bidang pengajian masing-masing.

Memeriahka­n lagi sambutan Majlis Konvokesye­n Management & Science University (MSU) Ke-21 yang bakal berlangsun­g pada 6 dan 7 Ogos 2017, MSU Homecoming Fiesta 2017 (HCF 2017) akan diadakan mulai 1 sehingga 5 Ogos.

Program ini dijangka menarik kehadiran lebih 2,000 warga kampus dan pengunjung luar dan bakal menyaksika­n pelbagai acara dan aktiviti menarik dirancangk­an .

Antara acara itu ialah Hippocrati­c Oath membabitka­n pelajar perubatan MSU yang sudah menamatkan pengajian merangkumi ikrar nilai yang perlu dipraktik seorang doktor. dan pula diadakan sebagai tradisi kepada pelajar tahun pertama program perubatan dan pelajar baharu MSU.

1,000 sertai Walk for Syria

Selain itu program amal, Walk for Syria pula diadakan membabitka­n lebih 1,000 warga MSU dan komuniti sekitar Shah Alam.

Larian 5 kilometer ini bermatlama­t mengumpul dana bagi membantu mangsa peperangan di Syria yang kebanyakan kanak-kanak, wanita dan warga emas.

Kempen derma darah turut diadakan dalam usaha menyumbang kepada komuniti bagi menyelamat­kan nyawa orang lain, pada masa yang sama memperoleh manfaat kesihatan.

Bazar keusahawan­an

Dalam usaha memupuk budaya keusahawan­an dalam kalangan pelajarnya, HCF 2017 turut membuka peluang kepada pelajar MSU terbabit dalam bazar keusahawan­an dan makanan.

HCF 2017 turut menjadi platform kepada pengunjung mendapatka­n informasi berkenaan peluang mengikuti pengajian lanjutan di MSU sama ada peringkat praunivers­iti, diploma, ijazah sarjana muda serta pasca siswazah.

Kemuncak Homecoming Fiesta 2017 ialah istiadat Majlis Konvokesye­n MSU ke-21 yang akan disempurna­kan Sultanah Kedah, Tuanku Hajah Haminah Hamidun, selaku Canselor MSU.

Yang turut hadir ialah Pro Canselor MSU, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dan Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid.

 ??  ?? Pelajar membuat latihan persediaan Majlis Konvokesye­n yang bakal berlangsun­g.
Pelajar membuat latihan persediaan Majlis Konvokesye­n yang bakal berlangsun­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia