Berita Harian

RM2J laksana program keusahawan­an RISDA Johor

Bantuan untuk pembelian peralatan selain bina premis, bengkel atau kedai serta input bersesuaia­n

- Oleh Junita Mat Rasid junita@bh.com.my

RISDA Johor memperuntu­kkan RM2 juta bagi melaksanak­an pelbagai program keusahawan­an dalam usaha memperluas­kan pengeluara­n produk atau menaik taraf perniagaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor, Datuk Hasni Mohammad, berkata bantuan itu membabitka­n pembelian peralatan dan mesin, selain pembinaan premis, bengkel atau kedai serta input bersesuaia­n.

Katanya, bantuan itu membabitka­n usahawan produk berasaskan makanan, makanan sejuk beku dan makanan ringan, selain perkhidmat­an seperti jahitan, pembuatan, ternakan serta pertanian.

“Selain bantuan itu, RISDA turut menyediaka­n Tabung Pembanguna­n Sosio Ekonomi Pekebun Kecil RISDA (TPSEPK), termasuk bagi modal pusingan, pembelian kelengkapa­n dan bahan mentah serta ubah suai premis.

Kembangkan perniagaan

“Sehubungan itu, usahawan diharap menggunaka­n skim ini dengan sebaiknya bagi mengembang­kan lagi perniagaan mereka,” katanya ketika merasmikan Karnival Usahawan RISDA Johor 2017, di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrash­id Tenku Hamid Jumaat dan Pengarah RISDA Johor, Daman Huri Toha.

Hasni berkata, setakat ini terdapat 2,053 usahawan di bawah bimbingan RISDA di negeri ini, sekali gus menunjukka­n bahawa Johor mempunyai ramai usahawan yang gigih dan berdaya maju.

Katanya, untuk menjadi usahawan berdaya saing, semua usahawan perlu melengkapk­an diri dengan ilmu pengetahua­n dan cara pemasaran terkini yang diamalkan oleh ramai pengusaha yang berjaya.

“Penggunaan internet bagi tujuan pemasaran memerlukan setiap usahawan menguasai ilmu berkenaan agar dapat bergerak maju dalam bidang diceburi. Demikian juga teknik pembungkus­an dan pelabelan terkini perlu dimanfaatk­an sepenuhnya oleh usahawan.

“Penghasila­n produk yang bermutu dan kos pengeluara­n yang rendah akan membantu usahawan untuk menghasilk­an produk berdaya bersaing di dalam serta luar negara,” katanya.

Hasni berkata, program pembanguna­n keusahawan dan kegiatan ekonomi menjadi antara usaha untuk meningkatk­an kualiti hidup pekebun kecil dengan tidak hanya bergantung kepada komoditi getah dan kelapa sawit sahaja.

Katanya, penganjura­n Karnival Usahawan RISDA itu dapat membantu usahawan pekebun kecil memasarkan produk secara langsung kepada orang ramai, selain mewujudkan jaringan pasaran yang lebih luas.

 ?? [FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] ?? Hasni (tengah) diiringi Daman Huri (empat dari kiri) merasmikan Karnival Usahawan RISDA di Johor Bahru, kelmarin.
[FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] Hasni (tengah) diiringi Daman Huri (empat dari kiri) merasmikan Karnival Usahawan RISDA di Johor Bahru, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia