Berita Harian

Yayasan Jamin penghubung antara rakyat-kerajaan

-

Kuala Lumpur: Yayasan Jamin bakal menjadi jambatan penghubung rakyat dan kerajaan dalam program kemasyarak­atan seperti pendidikan, keagamaan dan tanggungja­wab sosial korporat.

Penaung dan Pengerusi Yayasan Jamin, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata program dirangka untuk tempoh setahun itu juga bertujuan membantu rakyat mendapat maklumat tepat mengenai dasar kerajaan.

Mula operasi Januari lalu

“Yayasan ini dilancarka­n secara rasmi malam tadi (kelmarin), tetapi sudah mula beroperasi Januari lalu.

“Hingga hari ini, lebih 132 program sudah dirangka antaranya program Ziarah Kasih, Singgah Surau dan bantuan bencana alam seperti kebakaran dan banjir,” katanya pada Majlis Pelancaran Yayasan Jamin, di sini, malam kelmarin.

Pelancaran yayasan itu disempurna­kan oleh Menteri kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Selayang, Datuk Abdul Shukur Idrus.

Terdahulu, Sohaimi memperkena­lkan Yayasan Jamin dinamakan sempena nama datuknya, Jamin Omar untuk menjalanka­n khidmat masyarakat dan kebajikan serta keagamaan kepada orang ramai.

Sementara itu, pakar motivasi, Tengku Asmadi Tengku Mohamed dianugerah­kan watikah Ikon Motivasi.

Gerak program motivasi

Tengku Asmadi akan menggerakk­an program motivasi Smart&success untuk sekolah terpilih sekitar Selayang anjuran yayasan itu.

Selain itu, kira-kira 1,500 penduduk tempatan dihiburkan dengan ceramah Keluarga Bahagia atau Keluarga Sengsara oleh penceramah terkenal, Syamsul Debat.

Seramai 12 pengunjung bertuah membawa pulang cabutan bertuah, masing-masing sebuah basikal manakala, seorang pengunjung membawa pulang motosikal.

 ?? [FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] ?? Noh menyampaik­an Watikah Ikon Motovasi kepada Tengku Asmadi selepas merasmikan Yayasan Jamin di Bandar Baru Selayang yang turut dihadiri Sohaimi, kelmarin.
[FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] Noh menyampaik­an Watikah Ikon Motovasi kepada Tengku Asmadi selepas merasmikan Yayasan Jamin di Bandar Baru Selayang yang turut dihadiri Sohaimi, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia