Berita Harian

PPPM perlu cari peluang bantu masyarakat

Kumpul sumbangan orang awam untuk didermakan kepada tabung pesakit kanser

- Oleh Ruwaida Md Zain bhnews@bh.com.my

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) disarankan supaya sentiasa mencari peluang bagi memberi sumbangan kepada masyarakat.

Penaung Diraja PPPM Selangor, Tengku Puan Panglima Perlis Tengku Puteri Nor Zehan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, berkata ia bersesuaia­n dengan tema yang digunakan Persatuan Pandu Puteri Sedunia iaitu Grow.

“Saya berharap PPPM dapat berhubung dengan masyarakat atau agensi luar yang berkaitan dalam menjalanka­n kegiatan tahunan supaya dapat memberi impak positif kepada semua ahli.

Bergabung dengan PPPM

“Harapan saya supaya lebih ramai pihak luar dapat bergabung dengan PPPM sekali gus dapat memberi sumbangan dan manfaat kepada masyarakat,” katanya ketika merasmikan Majlis Hi-tea Amal Persatuan Pandu Puteri Daerah Petaling, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Yang Dipertua PPPM Selangor, Tunku Irinah Tuanku Jaafar, Yang Dipertua PPPM Daerah Petaling, Puan Sri Aisha Shamsuddin dan isteri Pengarang Kumpulan BH, Datin Zaiton Abd Malek.

Sementara itu, Aisha berkata, majlis amal itu bertujuan mengumpul sumbangan orang awam untuk didermakan kepada tabung pesakit kanser.

“Sumbangan itu juga sedikit sebanyak dapat membantu PPPM Daerah Petaling mengadakan lebih banyak aktiviti sekali gus menggalakk­an pembabitan pelajar.

“Hari ini kita sampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Persatuan Kanser Malaysia,” katanya.

 ?? [FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] ?? Zaiton (kanan) bersama guru penaung pada Majlis Hi-tea Amal Persatuan Pandu Puteri Daerah Petaling di Dewan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam.
[FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] Zaiton (kanan) bersama guru penaung pada Majlis Hi-tea Amal Persatuan Pandu Puteri Daerah Petaling di Dewan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam.
 ??  ?? Puteri Nor Zehan
Puteri Nor Zehan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia