Berita Harian

MARA dedah peluang pelajar teroka kemahiran

-

Sungai Petani: Bidang pendidikan berasaskan kemahiran mempunyai potensi besar untuk diteroka, khususnya bagi pelajar peringkat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Justeru pendedahan mengenai bidang berasaskan kemahiran disediakan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) perlu diperbanya­kkan, untuk memudahkan lepasan SPM memilih bidang bersesuaia­n dengan industri pekerjaan.

Ikuti bidang kemahiran

Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Pengangkut­an dan Badan-badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain, berkata lepasan SPM perlu melanjutka­n pengajian dalam bidang kemahiran itu bagi mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap tenaga kerja asing.

“Kerajaan sudah menyediaka­n peluang pekerjaan kepada rakyat, namun kebanyakan­nya dipenuhi pekerja asing, justeru menjadi matlamat bagi kerajaan untuk mengurangk­an tenaga kerja asing.

“Saya menyaranka­n supaya program memberi pendedahan mengenai kemahiran kepada lepasan SPM diperbanya­kkan bagi melahirkan lebih ramai pekerja berkemahir­an bagi menggantik­an pekerja asing di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Program Jelajah Luar Bandar MARA negeri Kedah 2017 Peringkat Daerah Kuala Muda/yan di Institut Kemahiran Mara (IKM) di sini.

Yang turut hadir Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA negeri Kedah, Mohd Azam Jamaluddin.

Sementara itu, Mohd Azam, berkata dalam program jelajah siri kelima itu, seramai 240 pelajar Tingkatan Lima dari sembilan sekolah di daerah Kuala Muda/yan diberi pendedahan dan maklumat mengenai peluang pendidikan di Institusi Pendidikan MARA (IPMA).

“MARA ada saluran program pendidikan dan latihan kemahiran melalui Universiti Kuala Lumpur, German Malaysian Institute, IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kolej Profesiona­l MARA, Kolej Polytech MARA dan GIATMARA,” katanya.

 ?? [FOTO NOR FARHANI CHE AD/BH] ?? Tajul Urus (tengah) bersama peserta Program Jelajah Luar Bandar MARA negeri Kedah 2017 Peringkat Daerah Kuala Muda dan Yan di Institut Kemahiran MARA, Sungai Petani, semalam.
[FOTO NOR FARHANI CHE AD/BH] Tajul Urus (tengah) bersama peserta Program Jelajah Luar Bandar MARA negeri Kedah 2017 Peringkat Daerah Kuala Muda dan Yan di Institut Kemahiran MARA, Sungai Petani, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia