Berita Harian

Jariah ilmu Imam as-syafie tiada henti

-

Imam as-syafie layak digelar insan rabbani kerana memiliki ciri insan berilmu, beramal dengan ilmunya dan mengajarka­n apa yang dipelajari. Beliau mampu memberi firasat, selain ketinggian ilmu yang tak boleh disangkal, malah hebat memanah. Ikuti kisah Imam as-syafie seperti dibincang menerusi IKIMFM.

Insan rabbani memiliki ciri insan berilmu, beramal dengan ilmunya dan mengajarka­n apa yang dipelajari, serta diamalkan. Imam as-syafie, alim Quraisy dan ulama dunia memiliki ciri berkenaan.

Murid kepada Imam as-syafie, Imam ar-rabi’ menyebut: “Murid Imam Malik bangga dan mereka katakan sesungguhn­ya yang hadir ke majlis ilmu Imam Malik kirakira 60 orang yang pakai serban. Demi Allah SWT, sesungguhn­ya aku menghitung dalam majlis ilmu Imam as-syafie, yang hadir seramai 300 orang yang pakai serban (orang alim).”

Selain memiliki ketokohan mengajar dan berkongsi ilmu kepada masyarakat dunia, Imam as-syafie memiliki firasat yang dikurniaka­n oleh Allah SWT. Firasat ini dikurniaka­n Allah SWT kepada orang yang jernih dan bening hatinya.

Imam ar-rabi’ berkata: “Aku bersama Imam al-muzani dan Imam al-buyaiti, ketiga-tiga kami anak murid Imam as-syafie. Kami menziarahi Imam as-syafie pada akhir hayat beliau dan ketika itu Imam as-syafie sakit di atas katil. Imam As-syafie kemudian melihat kami dan berkata kepadaku: Kamu akan meninggal dalam dunia hadis, menguasai dan mendalami ilmu hadis. Kemudian Imam as-syafie melihat Imam almuzani lalu berkata: Ini sekiranya syaitan berdebat dengannya, dia akan mengalahka­n dan mematahkan hujah syaitan. Terakhir Imam as-syafie berkata kepada Imam al-buyaiti: Kamu akan meninggal dekat besi.”

Sepanjang sejarah, Imam ar-rabi’ sememangny­a dikenali sebagai imam yang sangat tinggi ilmunya dan menguasai ilmu hadis, manakala Imam al-muzani pula bijak dengan kekuatan hujah dan kedalaman ilmunya.

Imam al-buyaiti ketika dikunjungi oleh Imam ar-rabi’, saat beliau difitnah dan terikat dengan rantai besi. Begitulah kisah firasat Imam as-syafie.

Tinggi ilmu, hebat memanah

Imam as-syafie yang terkenal dengan ketokohan ilmunya sangat hebat dengan sukan memanah. Imam as-syafie berkata: “Aku selalu memanah sehinggaka­n doktor memaklumka­n padaku kebimbanga­nnya jika aku terkena penyakit kurus kering kerana terlalu lama berdiri di bawah panas matahari saat memanah.”

Tambahnya lagi, beliau ketika memanah boleh mengenai sasaran tepat sembilan daripada sepuluh panahan.

Menurut Imam Abdul Rahman Mahdi, beliau menulis surat kepada Imam as-syafie supaya menulis satu kitab yang mengandung­i makna al-quran, hadis yang diterima.

Maka terhasil kitab mengenai ilmu usul fiqh yang sangat terkenal, Al-risalah dan Imam Abdul Rahman berkata: “Tidaklah pernah aku solat satu solat sekalipun sama ada solat sunat mahupun solat fardu, melainkan aku memohon doa kepada Allah SWT untuk Imam as-syafie.”

Imam as-syafie mempunyai kefasihan bicara yang sangat luar biasa. Sejak kecil beliau tinggal bersama kabilah Bani Huzail yang memiliki bahasa sangat fasih dan sastera yang tinggi. Imam as-syafie berkecimpu­ng sepuluh tahun dalam sastera Arab dan selok-belok bahasanya.

Ada riwayat mengatakan,

Imam as-syafie berterusan mempelajar­i bahasa Arab di samping ilmu fikah dan hadis, serta yang lain-lain selama 20 tahun. Ahli bahasa turut mengiktira­f Imam assyafie dari segi bahasanya.

Ahli bahasa, Sheikh Abdul Malik Ibn Hisham mengatakan: “Majlis ilmu kami berlangsun­g agak lama sekali bersama Imam assyafie. Aku tidak pernah sekalipun mendengar kesalahan dalam perbicaraa­n beliau.”

Menurut Imam al-zahabi: “Bagaimana mungkin beliau boleh melakukan kesalahan bahasa kerana orang sepertinya dengan kehebatan bahasanya boleh menggubah syair.”

Beliau menambah lagi, Imam as-syafie adalah orang Quraisy yang sangat fasih bahasa pada zamannya dan boleh belajar bahasa Arab daripadany­a.

Hebat bersyair

Kehebatan bahasa Imam as-syafie terkesan melalui penulisan syair beliau menerusi kitab Diwan. Antara syair beliau: “Sesungguhn­ya orang yang faqih dalam ilmu agama adalah dinilai dengan perbuatann­ya. Bukanlah orang yang faqih itu dinilai dengan ucapan dan perkataann­ya sahaja, tetapi amalannya itu. Begitu juga pemimpin adalah dinilai dengan kemuliaan akhlaknya. Bukanlah pemimpin itu dinilai dengan banyaknya pengikut dan pembelanya. Begitu juga orang kaya itu adalah dinilai dengan sifat dermawanny­a, bukan orang kaya dinilai dengan banyak harta bendanya.”

Begitu hebat dan besar sumbangan serta perjuangan Imam as-syafie. Ketokohan ilmu beliau tidak diragui dan memberi manfaat kepada umat manusia sehingga kini. Sekalipun beliau telah lama pergi, namun jariah ilmunya terus mengalir.

Imam ar-rabi’ menyebut: “Imam as-syafie meninggal dunia pada malam Jumaat selepas Isyak pada akhir Rejab dan umur beliau ketika itu 54 dan dimakamkan pada Jumaat di Mesir.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia