Berita Harian

Jana pendapatan lumayan edar Yakult

480 usahawan wanita sedia khidmat penghantar­an, sebar mesej kesihatan

- Oleh Bennie Zie Fauzi bennie@bh.com.my

Program keusahawan­an pembanguna­n jenama minuman berkultur Yakult menerusi Wanita Yakult berjaya menghasilk­an 480 usahawan sejak diperkenal­kan pada sembilan tahun lalu.

Rata-rata Wanita Yakult yang mengikuti program keusahawan­an itu mampu memperoleh pendapatan selesa dengan melakukan khidmat penghantar­an minuman itu dari rumah ke rumah.

Suri rumah, Suramah Wahir, 44, berkata beliau memperoleh pendapatan antara RM4,500 hingga lebih RM7,000 sebulan, sepanjang lapan tahun bergelar ‘Wanita Yakult’.

“Setiap bulan, saya menganggar­kan 19,000 botol Yakult dijual pada pelanggan minuman itu. Bukan mudah hendak menukar persepsi awam yang mengenali Yakult sebagai minuman untuk kanak-kanak.

“Berbekalka­n ilmu diperoleh ketika latihan, saya berjaya meyakinkan mereka ia sangat bermanfaat untuk kesihatan,” katanya yang menerima Anugerah Perkhidmat­an Paling Lama (Long Service Award), pada majlis Penganuger­ahan dan Pengiktira­fan Tahunan Wanita Yakult Ke-4, baru-baru ini.

Majlis dihadiri kira-kira 40 ejen penghantar minuman itu, selain meraikan pemenang bagi kategori Pencapaian Mata Penuh Latihan Shirotaism, Anugerah Pencapaian YL (Yakult Lady) selain mengiktira­f mereka yang berjaya membawa masuk pelanggan baharu, di samping meningkatk­an sasaran jualan minuman sihat itu.

Jadual fleksibel

Pemenang Anugerah Pencapaian YL, Nurazlin Kong Abdullah, 45, dari Skudai mendakwa pembabitan­nya sebagai ejen Yakult banyak mengubah perwatakan­nya yang pemalu kepada lebih yakin apabila berhadapan dengan pelanggan.

“Selepas bergelar ejen saya menemui ramai kenalan, sekali gus mampu memperbaik­i cara berkomunik­asi,” katanya yang mendakwa mampu menjana pendapatan sehingga RM2,000 sebulan.

Sementara, pemenang bagi kategori Pencapaian Mata Penuh Latihan Shirotaism, Nurul Ain Mohd Lazim, 30, dari Kuantan berkata, jadual kerja ejen yang sangat fleksibel memberinya peluang memberi penumpuan penuh terhadap rumah tangga.

“Saya baru melahirkan bayi menyebabka­n masa banyak menguruska­n anak kecil dan keluarga. Yakult membenarka­n saya bekerja dan menjaga dengan syarat bijak mengatur dan menguruska­n jadual,” katanya.

Beliau yang memperoleh pendapatan kira-kira RM4,000 daripada hasil mengedarka­n minuman berkenaan, sekali gus dapat meringanka­n beban kewangan keluarga.

“Saya pernah bekerja sebagai jurujual, selain berpengala­man bertugas di pejabat, namun bersama Yakult, saya menemui rahsia menjana pendapatan lumayan dalam suasana persekitar­an dan masa yang sangat fleksibel,” katanya.

Pengarah Urusan Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, Hiroshi Yamada, berkata, program keusahawan­an Wanita Yakult menerima sambutan yang baik di negara ini.

Bantu jana pendapatan

Katanya, program ini diilhamkan oleh pengasas Yakult, mendiang Dr Shirota bagi menyediaka­n sumber pendapatan sampingan pada wanita Jepun ketika era perang dunia sekitar 1930-an hingga 1940-an.

Selain membuka peluang wanita tempatan memberi sumbangan dalam landskap ekonomi negara, kurang iklan komersial di televisyen pada zaman itu menyebabka­n perlunya komunikasi mata bertentang mata.

“Mereka perlu bertemu pelanggan bagi memberi penerangan lengkap dan jelas mengenai produk ini dan ia berterusan hingga kini,” ujarnya.

“Kamu akan sentiasa menghargai usaha wanita Yakult yang menyebarka­n mesej kesihatan kepada pelanggan. Mereka adalah duta kecil Yakult yang gigih bertemu pelanggan bagi berkongsi maklumat saintifik berkenaan produk ini,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Hiroshi bersama Duta Jenama Yakult, Scha Alyahya bergambar bersama ejen pada majlis Penganuger­ahan dan Pengiktira­fan Tahunan Wanita Yakult Ke-4, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Hiroshi bersama Duta Jenama Yakult, Scha Alyahya bergambar bersama ejen pada majlis Penganuger­ahan dan Pengiktira­fan Tahunan Wanita Yakult Ke-4, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ??  ?? Hiroshi Hamada
Hiroshi Hamada

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia