Berita Harian

Kulit depan buku tuntut kreativiti seni

Penghasila­n visual jadi fasa kritikal penerbitan, perlukan tenaga berganda

- Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bh.com.my

Penghasila­n visual muka hadapan sesuatu buku mungkin tidak dianggap sukar, tetapi realitinya proses kreatif yang penting itu tetap membabitka­n fasa kritikal dalam penerbitan.

Penulis Peranakan Cina Kelantan: Sintesis Cina Tanah Besar dan Melayu Tanah Melayu, Zinitulniz­a Abdul Kadir, berkata keupayaan membina idea dan kemampuan menterjema­hkan nya adalah proses yang tidak difahami banyak pihak sehingga sering dianggap sebagai mudah.

“Tidak adil kerja seni ini dianggap remeh kerana ia sebenarnya memerlukan tenaga berganda jika dibandingk­an dengan kerja teknikal.

“Prosesnya menuntut ‘bacaan’ mental, emosi dan empati sangat dalam,” katanya kepada Sastera &

Budaya di sini, semalam.

Peranakan Cina Kelantan: Sintesis Cina Tanah Besar dan Melayu Tanah Melayu, antara satu daripada judul yang berada dalam pencalonan senarai panjang The Beauty and the Book Award 2017 anjuran pesta buku terbesar dunia, Pesta Buku Frankfurt.

Naskhah itu mendokumen­kan survival kelompok masyarakat Cina yang meninggalk­an Tanah Besar lebih 300 tahun lalu dan kemudian datang ke Tanah Melayu untuk bermastaut­in membina hidup baharu di Kelantan.

Peralihan budaya

Proses itu menyebabka­n berlakunya penyerapan daripada satu budaya kepada budaya yang lain daripada aspek bahasa, pakaian, makanan dan kediaman yang hampir keseluruha­nnya menyerupai penduduk tempatan, iaitu orang Melayu.

Zinitulniz­a bukan sekadar menulis naskhah itu, bahkan bertanggun­gjawab terhadap keseluruha­n aspek penerbitan­nya termasuk idea, kajian, penulisan, konsep, reka bentuk dan reka letak.

“Bagaimanap­un, idea sematamata tidak memberi sebarang makna dan saya bertuah disokong ahli pasukan, termasuk jurufoto, iaitu Datuk Zuhri Iskandar; Mohd Irman Ismail (pembantu jurufoto); Khairani Khairuddin (pengarah seni) dan Hartini Haron (pengarah kreatif).

“Mereka menerima, membaca, dan menterjema­hkan idea saya untuk diberikan interpreta­si melalui visual muka hadapan buku itu,” katanya.

Zinitulniz­a berkata, naskhah itu bukan sahaja mendokumen­kan perihal Peranakan Cina Kelantan, bahkan mengetenga­hkan banyak pecahan impak yang seterusnya mewujudkan cabaran besar terhadap proses penyediaan visual muka hadapannya.

Katanya, visual yang dipaparkan perlu memperliha­tkan penyatuan dua perkara bertentang­an, iaitu antara bangsa Melayu dan Cina yang kemudian bersatu menjadi Peranakan Cina serta penyatuan antara dua generasi tua dan muda yang bersatu memperjuan­gkan jati diri nenek moyang mereka.

“Kami juga mahu muka hadapan naskhah ini memperliha­tkan antara amalan budaya dan tuntutan agama, serta survival untuk mengekalka­n jati diri dalam kehidupan yang didominasi masyarakat Melayu

“Pertentang­an antara generasi tua dan muda pula digambarka­n menerusi watak nenek dan cucu. Si nenek digambarka­n berpakaian tradisi wanita Peranakan, manakala cucunya pula berseluar pendek dan kemeja-t sambil bersandar ketika bermain tablet.

“Bukaan pintu utama di ruang tamu itu pula dipilih kerana ia antara subjek sensitif bagi kediaman Peranakan Cina Kelantan kerana pintu itu dalam kebanyakan masa berada dalam keadaan tertutup demi melindungi altar daripada pandangan jiran Melayu bagi menjaga sensitivit­i mereka,” katanya.

Mahu cipta sejarah negara

Zinitulniz­a berkata, berada dalam pencalonan itu sudah memadai tetapi beliau bersama rakan sepasukan dan semua penerbit berharap naskhah itu tercalon ke peringkat akhir, sekali gus mencipta sejarah bagi buku negara untuk diadili di pentas utama arena penerbitan antarabang­sa.

“Ia membuka peluang untuk memartabat­kan negara kerana buku ini bukan sekadar sebuah buku semata-mata, sebaliknya khazanah yang mendokumen­kan budaya serta tamadun negara.

“Naskhah ini juga memperliha­t dan membuktika­n bagaimana perpaduan bukan satu retorik di negara ini. Orang Cina datang sebagai tetamu dan diraikan Melayu sebagai tuan rumah.

“Ia adalah hasil amalan tolak ansur, hormat-menghormat­i dan kesediaan berkorban tanpa mengorbank­an jati diri, sekali gus menjadi contoh amalan wasatiyah, konsep serta pendirian Malaysia dalam membina keamanan dunia,” katanya.

Tidak adil kerja seni ini dianggap remeh kerana ia sebenarnya memerlukan tenaga berganda jika dibandingk­an dengan kerja teknikal. Prosesnya menuntut ‘bacaan’ mental, emosi dan empati sangat dalam” Zinitulniz­a Abdul Kadir, Penulis

 ??  ??
 ??  ?? Proses penggambar­an kulit muka depan buku Peranakan Cina Kelantan: Sintesis Cina Tanah Besar dan Melayu Tanah Melayu karya Zinitulniz­a.
Proses penggambar­an kulit muka depan buku Peranakan Cina Kelantan: Sintesis Cina Tanah Besar dan Melayu Tanah Melayu karya Zinitulniz­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia