Berita Harian

Gaduh orang politik cetus ilham puitis

-

Kuala Lumpur: Menyaksika­n orang politik bergaduh memberikan idea kepada deklamator dan penyair terkenal yang memiliki karektor tersendiri, Pyanhabib untuk menghasilk­an puisi.

Pyanhabib atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman secara berseloroh berkata, idea akan datang dengan laju apabila ‘sakit otak’ menyaksika­n orang politik bergaduh.

“Sudah ada yang dibukukan antaranya dalam kumpulan puisi yang pernah diterbitka­n dan dijual sendiri pada 1982. “Ada juga dimuatkan dalam kumpulan puisi Balada Pyanhabib (2012) dan Melukis Puisi: Sebuah Pencitraan Puisi-puisi Pyanhabib (2015),” katanya kepada Sastera & Budaya di sini.

Tulis persoalan hidup

Pyanhabib berkata, selain politik, beliau turut menulis mengenai persoalan kehidupan dan ketuanan secara ‘runcit-runcitan’ yang turut dimuatkan dalam Balada Pyanhabib.

Beliau berkata, selain imaginasi dan angan-angan, proses pembacaan juga banyak membantu sesiapa sahaja yang mahu menjadi penulis.

“Dulu-dulunya, yang menumbuhka­n minat untuk menjadi penyair yang menulis puisi adalah bermula daripada membaca.

“Kita boleh menulis apa-apa saja melalui gerak hati. Benda yang hendak kita tulis banyak di sekeliling tetapi tinggal sahaja sama ada ia dapat dilakukan dengan idea yang laju atau perlahan.

“Kita kena percaya pada diri sendiri. Kalau penulisan ini bidang pilihan kita, maka teruskan untuk menulis. Walau seburuk mana pun, kita patut berbangga kerana karya itu lahir daripada anganangan kita yang tentunya hebat,” katanya.

Deklamator unik

Pyanhabib yang hilang pendengara­n ketika remaja, dikenali sebagai deklamator yang mempunyai latunan suara yang unik ketika mendeklama­sikan puisi, sekali gus membina karaktor tersendiri dalam ranah kepenyaira­n tanah air.

Selain deklamasi puisi, Pyanhabib juga pernah menjadi pelakon dalam filem Mat Som, Kembara Seniman Jalanan dan Tsu Feh Sofiah.

 ?? [FOTO ROSMAN SHAMSUDIN/BH] ?? Pyanhabib menunjukka­n karyanya.
[FOTO ROSMAN SHAMSUDIN/BH] Pyanhabib menunjukka­n karyanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia