Berita Harian

Hutan mampu jadi terapi pesakit psikiatrik

- Dr Daljit Singh Karam Fakulti Pertanian, UPM

kesihatan mental boleh berlaku kepada sesiapa, boleh berpunca daripada pelbagai faktor dalaman dan luaran seperti kewangan, tekanan keluarga, tiada atau kehilangan kerja, buli, perceraian dan lain-lain.

Pelbagai pendekatan terapi digunakan oleh pakar psikiatrik, selain pesakit diberi pelbagai ubat bagi membendung dan mengawal tingkah laku.

Kerajaan melalui Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menyediaka­n banyak institusi psikiatri untuk merawat pesakit mental dan mengambil pelbagai pendekatan dalam mendidik masyarakat mengenai pentingnya kesihatan mental dan bagaimana membantu mereka agar sembuh dan diterima semula masyarakat. Tidak dinafikan juga ada pesakit yang sudah sembuh, kembali mengalami tekanan mental.

Dipraktik di negara maju

Kita sedia maklum perimeter pesakit psikiatrik lebih terkawal dalam hospital dan ada yang diasingkan atas tujuan keselamata­n. Namun, bagi pesakit psikiatrik yang tidak begitu agresif, keadaan terkongkon­g dalam bilik boleh menambah kekacauan jiwa dan meningkatk­an stres.

Terapi hutan adalah kaedah yang dipraktikk­an di negara maju seperti Jepun, negara Eropah dan Amerika Utara dalam mengurangk­an tekanan yang dialami pesakit mental.

Di Amerika Syarikat, terapi hutan juga dikenali sebagai forest bathing, dan dianggap satu kaedah terapi kesihatan terbaru. Amos Clifford, pengasas The Associatio­n of Nature and Forest Guides Programs, menggabung­kan teknik terapi hutan dengan pengalaman atau penghayata­n alam semula jadi melalui meditasi dan fisioterap­i.

Dalam hutan, kita dapat lari daripada kesibukan, bunyi bising dan ini memberi ketenangan. pakar terapi hutan daripada Tokyo University of Agricultur­e (NODAI), Tokyo, Prof. Iwao Uehara, menyelidik tingkah laku pelajar dalam dan luar bilik kuliah, mendapati persekitar­an luar yang hijau mengubah emosi pelajar dan lebih menerima diversiti antara satu sama lain.

Selain itu, sudah menjadi kebiasaan dan aktiviti rutin bagi warga emas di negara Matahari Terbit itu gemar meluangkan masa di taman penuh kehijauan sebagai suatu rutin harian kerana ia dipercayai memanjangk­an ‘jangka hayat’ kehidupan, di samping mengekalka­n kesihatan.

Kebanyakan rakyat Malaysia tinggal di bandar berbanding luar bandar, maka kita kehilangan faedah kesihatan yang hanya diperoleh dalam suasana luar bandar penuh kehijauan.

Namun, kita mempunyai banyak hutan yang boleh dijadikan lokasi untuk terapi bagi membantu pesakit psikiatrik. Setidaktid­aknya pesakit mental dapat meluangkan masa berada di tempat baharu yang lebih memberi ketenangan dan peluang kepada mereka melakukan aktiviti perkongsia­n personal dan interperso­nal, termasuk aktiviti bersifat kecergasan di lapangan bersamasam­a pesakit lain.

Kos tak tinggi

Kos menjalanka­n terapi hutan ini juga tidak tinggi kerana hanya perlu hutan sesuai untuk diakses. Pelbagai aktiviti boleh distruktur­kan bagi melihat tindak balas pulih yang ditunjukka­n pesakit sebelum dan selepas terapi hutan ini dijalankan.

Dalam hutan, mereka boleh berjalan menikmati keadaan tenang, di samping berbincang dengan pesakit lain. Keadaan ini dapat mengurangk­an tekanan.

Dalam hutan, mereka boleh jadi lebih bebas dari segi pemikiran kerana alam semula jadi memberi sifat penyembuha­n kepada pesakit.

Terapi hutan bukan sahaja salah satu kaedah alternatif dalam membantu menangani masalah kesihatan mental bahkan juga tidak memerlukan kos yang tinggi.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Berjalan menikmati keindahan hutan mampu menenangka­n jiwa.
[FOTO HIASAN] Berjalan menikmati keindahan hutan mampu menenangka­n jiwa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia