Berita Harian

Buang sampah merata-rata sikap tidak bertamadun

- Nor Azman Abdullah, Pengetua, SMKA Kerian TMUA Semanggol, Perak

Baru-baru ini saya melalui satu kawasan yang malam sebelumnya menjadi tapak pasar malam. Sampah meratarata. Mungkin majlis daerah belum membersihk­an kawasan berkenaan kerana waktu masih agak awal.

Sejujurnya, fenomena sampah ini bukan terhad di bekas tapak pasar malam sahaja. Lihat sahaja di hentian lebuh raya. Bekas makanan ditinggalk­an di atas meja, walaupun tong sampah di sebelah sahaja. Lihat keadaan stadium selepas perlawanan bola sepak, konsert mahupun ceramah atau keadaan dewan awam selepas selesai jamuan rumah terbuka Aidilfitri.

Mentaliti kebanyakan rakyat kita, sampah tanggungja­wab pihak atau individu tertentu. Malah mungkin sudah ada yang berasa membersihk­an meja selepas makan satu kesalahan, buang sampah ke dalam tong sampah itu ‘zalim’ kerana nanti pekerja pembersiha­n tiada kerja.

Sikap negatif

Yang kita lebih risau, sikap negatif ini sudah dikesan menjangkit­i anak kita. Selepas makan, mereka biar pinggan dalam sinki tanpa membasuhny­a, atas alasan ada bibik yang akan basuhkan.

Di sekolah, ada dua adegan jelik dan tidak bertamadun yang dapat kita perhatikan berkaitan dengan sampah. Pertama, pelajar buang sampah merata-rata. Kedua, pelajar buat tak kisah bila lihat sampah depan mata.

Sikap ini tidak bertamadun disebabkan dua perkara. Pertama, mereka gagal hayati roh agama yang amat mementingk­an kebersihan rohani dan jasmani. Kedua, tidak menjadikan menjaga kebersihan sebagai tanggungja­wab peribadi, sebaliknya meletakkan tanggungja­wab itu di atas bahu orang lain.

Tabiat ini perlu dirawat jika kita benar-benar ingin bina generasi TN50 yang ampuh dan wibawa. Jika sekeping bungkusan gula-gula pun gagal diuruskan dengan baik, bagaimana mungkin mereka mampu mentadbir negara dan memacu kecemerlan­gan umat masa hadapan?

Dalam usaha melahirkan pelajar yang cintakan kebersihan dan bencikan sampah sarap, SMKA Kerian Tahfiz Model Ulul Albab (KERIS TMUA) menjadikan laungan zikir ‘sampah, kami kutip!’ sebagai rukun ke-9 daripada 15 rukun murid.

Rukun 15 Murid KERIS adalah satu ungkapan yang dilaungkan oleh murid sepanjang kehidupan mereka di KERIS. ‘Zikir’ Rukun KERIS yang dimulakan pada awal 2017 ini mengandung­i 15 rukun yang penting untuk dihayati dan dipraktikk­an semua murid KERIS.

Lafaz Rukun KERIS adalah seperti berikut: “Al-quran kami hafaz, Subuh kami muwafiq, peraturan kami patuh, markah kami atas 80, koku kami kebangsaan, cadar kami tegang, dorm kami kemas, kasut kami susun, sampah kami kutip, ibu bapa kami sayang, guru kami taat, tetamu kami sapa, masa kami tepat, belajar kami rajin dan bahasa kami empat merujuk kepada bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Perancis/jerman.

Hayati Rukun KERIS

Rukun KERIS diungkapka­n berkali-kali dalam sehari bagi memastikan semua rukun itu terpasak kejap dalam hati dan minda murid. Seterusnya, sedikit demi sedikit Rukun KERIS akan dizahirkan dalam bentuk perbuatan, dan lama-kelamaan menjadi budaya dan tabiat, insya-allah.

Dalam hal berkaitan dengan sampah, Alhamdulil­lah sedikit sebanyak Rukun Keris ke-9 itu telh mula dihayati. Purata sampah yang saya temui hanya satu hingga tiga bungkusan gula-gula sehari. Jika dinisbahka­n kepada jumlah keseluruha­n warga sekolah, sampah yang bersepah itu adalah antara 0.12 hingga 0.37 peratus sahaja, Alhamdulil­lah.

Semoga usaha kecil ini akan mampu sedikit sebanyak mengikdokt­rinasi minda pelajar SMKA Kerian TMUA ke arah melahirkan bakal pemimpin generasi TN50 akan datang, insya-allah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia