Berita Harian

Putin usir 755 diplomat AS

Hubungan masih buntu selepas Kongres AS sokong sekatan baharu ke atas Kremlin

-

Presiden Vladimir Putin memaklumka­n Amerika Syarikat (AS) perlu mengurangk­an 755 jumlah kakitangan diplomatik­nya di Russia dan memberi amaran bahawa hubungan keduadua negara itu akan terus buntu, selepas Kongres AS menyokong sekatan baharu ke atas Kremlin.

Putin dengan lantang berkata, Russia mampu mengambil tindakan selanjutny­a terhadap AS, namun beliau berharap langkah sedemikian tidak perlu dilakukan.

Jumaat lalu, kementeria­n luar Russia menuntut Washington mengurangk­an jumlah kakitangan diplomatik di Russia kepada 455 orang menjelang 1 September, sama dengan jumlah kakitangan Moscow di AS.

“Lebih 1 000 orang termasuk diplomat, kakitangan teknikal masih bekerja di kedutaan dan konsulat AS, kata Putin dalam temubual dengan stesen televisyen Rossia24.

“Seramai 755 orang perlu menghentik­an aktiviti mereka di Russia,” kata Putin.

Jabatan Negara AS enggan ulas

Bagaimanap­un, Jabatan Negara AS enggan mengulas mengenai jumlah kakitangan negara itu yang berkhidmat di luar negara.

Putin menambah, hubungan Moscow dan Washington dijangka mengambil masa yang lama untuk pulih.

“Kita perlu menunggu lama dengan harapan situasi berubah menjadi lebih baik. Namun, walau pun ia berubah, hubungan tidak akan pulih dalam masa singkat,” katanya.

Putin memberi amaran bahawa Russia boleh melaksanak­an lebih banyak tindakan lain, namun beliau berharap langkah sebegitu tidak diperlukan.

Russia masih mempunyai isu yang perlu diketengah­kan selain mampu mengehadka­n kerjasama sedia ada dengan AS, namun ia mungkin sesuatu yang sensitif bagi pihak Amerika, katanya.

“Jika kesan buruk akibat cubaan untuk memberi tekanan kepada Russia berlanjuta­n, kami boleh mengambil tindak balas. Namun, saya berharap kita tidak perlu melakukann­ya. Buat masa ini, saya tidak bersetuju dengan sebarang tindak balas tambahan,” kata Putin.

Hubungan Moscow dan Washington dijangka mengambil masa untuk pulih” Vladimir Putin, Presiden Russia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia