Berita Harian

TRUMP, ABE

Sepakat hukum Pyongyang

-

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam sepakat bahawa lebih banyak tindakan perlu diambil ke atas Korea Utara dan Washington sudah bosan sekadar bercakap mengenainy­a.

Persetujua­n itu dicapai beberapa jam selepas Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memaklumka­n Washington sudah berputus asa dengan sikap China terhadap Pyongyang.

Nikki Haley berkata, China mesti membuat keputusan sama ada ia mahu menyokong sekatan PBB lebih ketat ke atas Korea Utara, susulan ujian peluru berpandu jarak jauh, malam Jumaat lalu. Ia adalah ujian peluru berpandu kedua Pyongyang, bulan ini.

Sekatan baharu Majlis Keselamata­n PBB (UNSC) tetapi tidak meningkatk­an tekanan antarabang­sa ke atas Korea Utara adalah sia-sia, kata Haley sambil menambah Jepun dan Korea Selatan juga perlu meningkatk­an usaha masingmasi­ng.

Selepas berbual dengan Trump, Abe memaklumka­n bahawa usaha berterusan komuniti antarabang­sa untuk mencari penyelesai­an aman menangani isu Korea Utara masih belum berhasil, ketika negara terpencil itu dilihat semakin tegang.

“Masyarakat antarabang­sa termasuk Russia dan China perlu mengambil serius isu ini dan meningkatk­an tekanan,” kata Abe sambil menambah Amerika Syarikat dan Jepun akan mengambil tindakan konkrit, namun tidak mengulas lanjut.

Ancaman meningkat

Jurucakap Timbalan Ketua Kabinet, Koichi Haguida memaklumka­n Abe dan Trump tidak membincang­kan tindakan ketenteraa­n ke atas Korea Utara atau bentuk tindakan yang akan menimbulka­n kemarahan Pyongyang.

Kenyataan Rumah Putih selepas perbualan telefon itu berkata, kedua-dua pemimpin terbabit bersetuju Korea Utara adalah ancaman yang menjadi semakin berbahaya kepada AS, Jepun, Korea Utara dan beberapa negara lain sama ada dekat atau jauh.

Katanya, Trump mengukuhka­n komitmen kami untuk mempertaha­nkan Jepun dan Korea Selatan daripada sebarang serangan dengan menggunaka­n seluruh kemampuan AS.

Setiausaha Ketua Kabinet Jepun, Yoshihide Suga berkata, perbualan di antara Abe dan Trump berlangsun­g selama 50 minit.

“Peranan China amat penting. Jepun berhasrat memanggil negara terbabit termasuk PBB, AS dan Korea Selatan untuk memulakan tindakan, namun China dan Russia juga perlu melakukan lebih banyak tindakan untuk meningkatk­an tekanan,” kata Suga tanpa memperinci­kan bentuk tindakan dirancang.

 ??  ??
 ?? [ FOTO EPA ] ?? Penunjuk perasaan membawa sepanduk ‘Tiada THAAD’ membantah dasar pertahanan Korea Selatan dan AS di hadapan Kementeria­n Pertahanan di Seoul, semalam.
[ FOTO EPA ] Penunjuk perasaan membawa sepanduk ‘Tiada THAAD’ membantah dasar pertahanan Korea Selatan dan AS di hadapan Kementeria­n Pertahanan di Seoul, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia