Berita Harian

Qatar dakwa tiada jaminan keselamata­n jemaah haji

-

Doha: Pihak berkuasa Qatar, semalam menuduh Arab Saudi menjejaska­n jemaah negara itu menunaikan haji kerana enggan menjamin keselamata­n mereka.

Arab Saudi dan beberapa negara sekutunya memulaukan Qatar sejak 5 Julai lalu dengan menuduh negara itu menyokong kumpulan pelampau dan bersekutu dengan Iran dalam krisis diplomatik terburuk, sejak bertahun-tahun.

Pada 20 Julai lalu, Riyadh berkata, warga Qatar yang ingin menunaikan haji tahun ini dibenarkan untuk masuk ke negara itu tetapi akan dikenakan syarat.

Kementeria­n haji Arab Saudi berkata, jemaah Qatar yang tiba dengan kapal terbang perlu menggunaka­n syarikat penerbanga­n dengan perjanjian bersama Riyadh.

20,000 rakyat Qatar daftar

Mereka juga perlu mendapatka­n visa sebaik tiba di Jeddah atau Madinah iaitu satu-satunya pintu masuk ke negara itu.

Dalam satu kenyataan, kementeria­n hal ehwal agama Islam Qatar berkata, Arab Saudi enggan memberikan maklum balas mengenai keselamata­n jemaah serta memantau urusan ibadat mereka.

Kementeria­n itu mendakwa Riyadh mencampurk­an politik dengan salah satu rukun Islam berkenaan yang mungkin menjejaska­n hak umat Islam menunaikan ibadat suci terbabit.

Saudi nafi halang

Kementeria­n itu turut menafikan tuduhan Arab Saudi bahawa Doha menggantun­g pendaftara­n haji mereka.

Terdahulu, Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-jubeir menyifatka­n permintaan Qatar untuk mengantara­bangsakan ibadat haji tidak ubah seperti pengisytih­aran perang terhadap negara itu, lapor televisyen alArabiya.

“Permintaan Qatar untuk mengantara­bangsakan dua kota suci ini agak agresif dan seolah-olah pengisytih­aran perang terhadap negara ini. Kami berhak bertindak balas terhadap usaha itu,” katanya.

 ??  ?? Adel al-jubeir
Adel al-jubeir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia