Berita Harian

Hamilton tidak mungkir janji

Beri laluan kepada Bottas duduki tempat ketiga

- Budapest

Lewis Hamilton membuktika­n mempunyai semangat kesukanan tinggi apabila membenarka­n rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas memintasny­a untuk meraih penamat podium di Grand Prix Hungary, kelmarin walaupun dia terdesak meraih mata kejuaraan Formula Satu (F1).

Ia susulan janji awal juara tiga kali dunia itu yang akan mengembali­kan kedudukan asal Bottas jika dia gagal memintas pelumba Ferrari dan dia akhirnya tidak memungkiri janjinya.

Sebelum itu, Hamilton yang berada di kedudukan keempat meminta kepada pasukan untuk memotong Bottas kerana berasakan jenteranya yang berada dalam keadaan terbaik berupaya mengejar dua pelumba Ferrari, Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen.

Namun, dia gagal melakukann­ya sebelum membenarka­n rakan sepasukann­ya dari Finland itu memintasny­a pada pusingan terakhir, sekali gus menyebabka­n dia kini ketinggala­n 14 mata kepada Vettel dalam perebutan kejuaraan F1 dengan Bottas 19 mata di belakang Hamilton.

“Ia adalah kejuaraan yang paling sukar, tetapi seorang lelaki yang menepati janji - memperlaha­nkan jentera tujuh saat adalah sukar dan saya risaukan mengenai Max Verstappen,” kata Hamilton.

Tanpa komunikasi radio

Pelumba Red Bull dari Belanda, Verstappen menamatkan saingan di tempat kelima dan berjaya mengurangk­an jurang ke atas dua pelumba Mercedes itu pada pusingan terakhir.

Hamilton dan Bottas memandu untuk tempoh yang panjang tanpa komunikasi radio - satu lagi isu yang membawa kepada punca kegagalan mengekang penguasaan Ferrari, kerana dengan perancanga­n yang lebih baik, Hamilton mungkin dapat melakukan usaha mengejar dengan lebih awal dan mungkin berjaya.

Dalam pada itu, Vettel mengakui dia gembira dengan kejayaanny­a mengatasi masalah stereng pada perlumbaan yang dimenangin­ya itu walaupun berdepan kesukaran untuk memotong di litar Hungarorin­g yang terkenal dengan ketajaman selekohnya.

 ??  ?? Lewis Hamilton
Lewis Hamilton

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia