Berita Harian

Vegas pertahan kejuaraan

-

Montreal: Birdie pada playoff pertama menjulang pemain Venezuela, Jhonattan Vegas kejuaraan Jelajah PGA Terbuka Kanada untuk tahun kedua berturut-turut, semalam.

Vegas menewaskan pemain Amerika Syarikat (AS) Charley Hoffman selepas kedua-duanya menamatkan permainan 72 lubang dengan catatan 21 di bawah par 267.

Vegas bagaimanap­un terpaksa menahan gementar apabila bola pukulannya masuk ke dalam bunker diikuti terkeluar dari green sebaik bermula aksi playoff di lapangan Glen Abbey, Ontario.

Begitupun pemain berusia 32 tahun itu memastikan pukulan ketiganya menjunam hanya beberapa inci daripada lubang dan menolaknya masuk untuk meraikan kemenangan.

“Saya tahu saya perlu kekal agresif,” kata Vegas apabila ditanya mengenai aksi lambat panasnya pada saingan playoff. “Saya juga tahu saya mampu segera bangkit.

“Secara jujurnya saya amat bernasib baik. Kadang kala anda perlukan tuah untuk menang.”

Mental agresif

Vegas, antara pemain yang mempunyai pukulan drive terjauh dalam jelajah, tiba di Kanada dengan prestasi hambar selepas gagal melepasi cut pada lima kejohanan terakhir, tetapi lapangan Glen Abbey sekali lagi membawa tuah kepadanya.

“Ia seakan magis,” katanya selepas menambah koleksi gelaran ketiga Jelajah PGA.

“Saya tahu saya perlu mencatat pukulan yang baik hari ini untuk mempunyai peluang menang. Saya keluar ke lapangan dengan mental yang agresif.”

 ??  ?? Vegas pertahan kejuaraan Jelajah PGA Terbuka Kanada tahun kedua berturut-turut.
Vegas pertahan kejuaraan Jelajah PGA Terbuka Kanada tahun kedua berturut-turut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia