Berita Harian

Spekulasi Sanchez tak jejas Wenger

-

London: Arsene Wenger menegaskan spekulasi perpindaha­n Alexis Sanchez tidak akan menjejaska­n persiapan awal musim Arsenal walaupun bintang Chile itu enggan menandatan­gani kontrak baharu.

Kontrak Sanchez akan tamat pada akhir musim depan dan dia tidak menunjukka­n tanda mahu menerima tawaran lumayan baharu Arsenal tatkala dia sedang mencari peluang beraksi bersama kelab yang layak ke Ligajuara-juara.

Manchester City, Chelsea, Paris SaintGerma­in (PSG), Bayern Munich dan Juventus semuanya dikaitkan dengan Sanchez, tetapi Wenger nampaknya bertekad mengekalka­n pemain berusia 28 tahun itu dengan harapan dapat memujuknya untuk setia di Emirates.

Perancang tengah Mesut Ozil dan Alex Oxlade-chamberlai­n turut berada dalam tahun terakhir mereka, namun sekali lagi menyatakan dengan jelas bahawa pemainnya perlu kekal komited.

Situasi biasa

“Sebagai pemain anda perlu beraksi baik sehingga hari terakhir kontrak. Adakah anda berfikir ketika duduk di bilik persalinan sebelum perlawanan dan berkata ‘oh, kontrak saya berbaki lagi setahun jadi saya tidak mahu beraksi dengan baik’,” kata Wenger.

“Jika ia benar kami akan mengikat setiap pemain selama 20 tahun. Saya tidak fikir tempoh kontrak membawa kesan kepada prestasi pemain.

“Saya kagum kerana anda terkejut dengannya. Ia situasi biasa. Semua pemain perlu menjaga prestasi mereka.”

Pada masa lalu, Wenger bertindak menjual pemain seperti Samir Nasri dan Robin van Persie bagi mengelak kehilangan mereka secara percuma sebaik kontraknya tamat.

Namun, ia kini sudah berbeza apabila Wenger terus berdegil untuk mempertaha­nkan Sanchez dengan bos Gunners itu mendakwa ia perkara biasa untuk kontrak pemain berbaki setahun.

Dengan Sanchez belum menyertai aksi pra musim setakat ini, kemungkina­n besar dia bakal terlepas saingan Perisai Komuniti menentang Chelsea, Ahad ini dan juga aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris dengan Leicester, 11 Ogos ini.

 ??  ?? Sanchez
Sanchez

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia